Wednesday, July 18, 2018

Cornflakes Telur Masin

Assalamualaikum

Hari nie saya nak share resepi kudapan depan tv..
Cornflakes telur masin nie sedap sangat. Boleh ratah macam tu, boleh juga dihancurkan dan makan dengan nasi atau bubur.. 


Image may contain: food


Cornflakes Telur Masin

1 kotak cornflakes brand kellogs (yang nie nipis dan rangup)
12 biji telur masin - kuning sahaja
setengah buku butter
beberapa tangkai daun kari
beberapa tangkai cili padi - bergantung atas kepedasan
sedikit gula

Cara-cara
- kukus telur masin dan hancurkan
cairkan butter
masukkan daun kari dan cili padi
tumis hingga garing
masukkan telur masin yang sudah dihancurkan dan kacau sehingga berbuih
letak gula 
(nak manis, letak lebih tp saya suka rasa asli telur masin)
masukkan cornflakes dan gaul sebati.
sejukkan dan masuk kedalam bekas kedap udara..

SELAMAT MENCUBA .....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...