Wednesday, December 20, 2017

Set Safi Rania Gold

Assalamualaikum..

Saya nak share produk yg saya guna sekarang. Sebelum nie kulit saya xde apa-apa masalah kecuali sedikit oily. Oily yg terkawal.

Lepas tu gatal-gatal cuba produk lain, akhirnya kulit muka jadi bermasalah. Jerawat halus timbul, kulit jadi terlalu kering (tegang dan pedih sangat serta menggelupas). Pengaruh dengan iklan, cuba beli satu pelembab nie, agak mahal dlm RM90.00 sebekas. (Berpeluh makkk nak bayar dekkk) akhirnya sia-sia. Tak sesuai untuk kulit saya.. frust juga sbb pakai sikit je.. Seminggu cuba masih sama.. ok, mmg betul-betul x sesuai...

Saya rehatkan kulit muka. Seminggu tanpa make up dan apa-apa produk.. naked face.. sehinggalah satu hari, saya termenung dengan lambakan produk di Watson, datang seorg jurujual mencadangkan agar saya menggunakan produk Safi Rania Gold.



Takla semua saya beli.. kebetulan memang ada promosi, harga sedikit murah dari biasa. Saya cuma beli set trial (pencuci muka, scrub dan pelembab), toner sahaja. Untuk permulaan..

Balik rumah (sejenis manusia yg tak sabar) terus cuba. Cuci muka-toner-pelembab.. lepas cuci muka dah terasa selesa pada kulit. Tak rasa kering dan pedih. Sedikit lega di situ.

Hampir 3 minggu menggunakan produk Safi, masalah kulit kering selesai akhirnya. Siapa sangka, produk Malaysia ada bagusnya. Selain halal, harganya pun berpatutan dan selamat di guna..

Cubalah...mana tau blh jadi cantik mcm Nora Danish atau Che Ta....

Daaa....

Say No to Produk Timbang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...