Monday, November 14, 2016

Kek coklat moist mudah

Assalamualaikum

Sejak beranak tiga nie, semua benda kena cepat.. Memang tak terkejar. Tambah-tambah baby yang tengah nak melasak. Allahurobbi, urut dada tau... tapi saya tak kurus-kurus juga.. hehehe..

Nak share nie, saya nie bab baking kadang-kadang kelaut dalam. Lupa itu lah, lupa ini lah. Nak-nak bila anak-anak ganggu, mula la lupa masuk tepung, lupa macam-macam. Sudahnya kek tak jadi.. Kadang tu tak kena gaya, tekstur kek lain. bentat la macam-macam hal.

Al kisah, saya beli tepung kek segera nie dari seorang kenalan sekolah. Memang bakers yg maju jaya. Tengah malam, anak reguest nak kek coklat, nak bawa bekal ke tadika. Yang buat mommy jadi liquid, bila anak cakap 'lama dah Amal tak rasa kek mommy buat, sedap sangat.. Amal teringin nak makan.. Mahal tak mommy? '

Pukul 3 am, lepas tidurkan baby.. Gigih saya masuk dapur. Bahan-bahan semua dah ada, tinggal nak campak-campak je. Masuk itu ini, tambah tepung, settle.. tak perlu sukat tepung, serbuk koko, gula.. semua sedia ada.. yang paling best, tak terlalu manis. sedang elok. Nak buat topping, serbuk koko pun dah di sediakan. tambah bahan-bahan je. Mudah sangat.. Sebiji kek tu, sehari dah habis uols.. sangat moist dan sedap

tangan jenis tak pandai hias, topping pun main curah je.. asal boleh.. 

sebungkus nie boleh dapat 1kg kek coklat. senang kan?

Tak mahal tuan puan, cuma RM 15.00 sahaja dan hasilnya sangat menakjubkannn..

suami pun boleh baking lepas nie... hehehe..

berminat nak beli? boleh wassap saya ye..
0129278010 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...