Friday, October 28, 2016

Ayam Ladangku Masak Bali

Assalamualaikum..

Semenjak wujudnya instagram, rasanya makin lama saya tidak update blog. Rindu nak berceloteh, berkongsi dengan semua. Ok, hari nie saya nak kongsi resepi yg saya rasa ramai dah tahu kot.. dah pernah cuba.. dah pernah masak..


Zaman sekarang semua benda nak senang, nak cepat. Mujur ada ayam ladangku.. Siap potong, siap bersih. Keluarkan dari freezer, rendam sekejap dalam air, dah boleh mula masak. Kali nie saya ambil ayam ladangku potong 8. Dalam RM 14.50 untuk pack merah. Cukuplah untuk kami anak beranak..

Nampak bersihkan ayam-ayam nie? Of course lah.. Ayam ladangku memang begitu. 
Kita perapkan sebentar dengan garam dan kunyit. Bagi rasa tu mesra.. Lepas tu, goreng separuh masak. Toskan minyak dan ketepikan.

Dalam masa yang sama, sediakan serai dan daun kari.. Ketuk serai, carikkan sikit bagi aromanya keluar masa kita nak tumis nanti.. Lagi banyak serai lagi naik aroma.. Daun kari pun macam tu juga.. Ikut selera anda nak letak banyak mana...

Yang nie, memang dah sedia ada dalam peti.. Saya prepare setiap minggu.. Cili kering kisar dan bawang kisar.. bawang merah, bawang putih, halia.. Kisar halus. Kalau rajin, tumbuk jelah dengan lesung batu... Cili tu bergantung atas selera anda, nak pedas letak banyak. Nak rasa sedang-sedang je, letak sikit. 

Serai dan daun kari tadi ditumis hingga naik bau. 

Masukkan cili kisar dan bawang kisar tadi.. Tumis hingga pecah minyak. Masa nie aroma kesedapan tu dah naik. Perut pun dah tak tenteram minta di isi..

Renjis-renjis sikit kicap kipas udang atau apa-apa kicap yang korang biasa guna. Gaul-gaul sebati.. Tambahkan sikit air supaya berkuah sikit. Takdela kering sangat.

Masukkan ayam yg dah digoreng tadi. Gaul sebati hingga masak. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Ikut selera masing-masing. 

Nampak sedap kan? Memang sedap pun...

Selamat mencuba!!

Berminat untuk dapatkan ayam ladangku?
Boleh like page kami di fb :





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...