Friday, August 19, 2016

Jadual pemakanan bayi mengikut usia

Assalamualaikum..

Anas dah pun masuk 6 bulan.. Bermulalah fasa pengenalan makanan untuk Anas. Saya perlu berhati-hati dalam memilih makanan untuk dia sebab keadaan dia sama macam Amal, ada ekzema. Dari segi pemerhatian saya, Anas agak memilih makanan..

 Awal perkenalan, saya bagi Anas makan pisang, malangnya dia tak suka.. 3 hari saya cuba, dia tetap tak suka, menolak siap rampas sudu dan baling. 
Saya cuba bagi avocado sayangnya, tak sesuai untuk Anas.. 5 minit lepas makan, ekzema dia naik dekat pipi. Sedih sangat..
Pear juga sama, siap bebel-bebel mulut tu hah.. haish... mencabar sungguh..

Berbeza betul besarkan anak lelaki dan perempuan.. Kakak-kakaknya dulu, telan je apa yang saya suap. Nganga je mulut comel tu.. Bujang sorang nie, huishhh... rasa macam nak gigit-gigit je..

Nampak gaya, weekend nie saya perlu lebih rajin buat homemade cerelac untuk Anas.. Dan harapnya dia sukalah makan nasi.. Mana tau kan, tekak melayu....

sumber : google
(yang pork tu jangan le gegatal bagi.. tu kan contoh...)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...