Tuesday, August 16, 2016

Ayam Ladangku Maju

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog. Sejak beranak 3 nie, kadang-kadang tak menang tangan nak buat semua benda. Jadual pun terabur lagi. Ada anak kecil nie, kadang-kadang jadual tidur, rehat semua tak menentu. Adakala bangun lambat, terkejar-kejar nak masak, lauk lupa nak defrost, memang tak sempatlah..

Tapi sejak jumpa dengan ayam Ladangku nie, memang memudahkan urusan saya sebagai surirumah. Ayam dah siap potong, bersih dan masih segar. Nak defrost pun senang, keluarkan dari freezer, biarkan rendam sekejap dalam 5 minit-10 minit, sambil-sambil tu boleh la nak masak nasi, nak kemas rumah sikit-sikit, ayam bilas sekali dah boleh masak. Mudah kan? 

Bab kesegaran ayam memang tak di sangkal la.. Isi manis, kenyal.. takde rasa hanyir, tak berbau.. Yang bestnya, ayam nie bebas hormon, tiada suntikan untuk tumbesaran ayam, tak di basuh dengan klorin, sumber makanan ayam tu pun hanya soya dan kekacang. Tiada unsur haiwan dalam sumber makanan ayam daging nie.Macam saya dan anak-anak yang ada ekzema, kadang-kadang bila makan ayam banyak sangat boleh naik gatal-gatal badan, ekzema mula la meriah naik, insyaAllah dengan ayam Ladangku Maju, saya tak risau lagi... Untuk ibu-ibu dalam pantang, bosan makan ikan bakar je, boleh makan ayam nie, yela nak cari ayam kampung agak sukar dan harganya agak mahal, tambah-tambah isi agak liat. Ayam nie, cik abang pun boleh tolong masakkan bila dalam pantang. Nak bagi anak-anak makan pun esp baby tak perlu risau dah.. yakin halal, bersih dan bebas bahan kimia,

 Cerita panjang tak gunalah, pendek kata, sila cuba... dah cuba pasti jatuh cinta...




Di Ladangku, proses penyembelihan amat dititik beratkan. Ini antara aturan kerja setiap hari di bahagian penyembelihan.

1. Ayam diperiksa sebelum disembelih untuk memastikan ia hidup.
2. Niat menyembelih kerana Allah Taala Zat Yang Maha Esa.
2. Potongan dibuat dengan pisau yang dicuci dengan air mengalir.
3. Satu potongan sahaja dibuat untuk memutuskan 4 urat penting.
4. Proses pendarahan dibiarkan sehingga 4 minit.
5. Pemeriksa Halal akan memeriksa tanda hidup.
6. Ayam yang masih hidup diasingkan.
7. Ayam yang sudah tidak bernyawa melalui proses seterusnya.

Pastikan pisau yang tajam sebelum menyembelih.

Serahkan tugas ini kepada kami dan nikmati ayam anda dengan Yakin.

Ladangku, Yakini Sembelihannya.
Untuk video penyembelihan: https://youtu.be/GapIy5DHqw8

Berminat? 

Boleh LIKE fb LadangkuMajuPandanIndah
ig : ayamladangku_bebashormon

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...