Thursday, May 26, 2016

Rawatan Sonotron untuk semua golongan

Assalamualaikum..


Terapi Sonotron ialah rawatan tercanggih di mana ianya bebas daripada sebarang pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh juru terapi. Ia memberikan kesan serta-merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan.

Rawatan ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43Mhz.. Gelombang yang Di pancarkan ini dinamakan gelombang korona.
Kaedah rawatan unik ini terbukti secara berkesan dan ianya selamat ke atas pesakit, iaitu SEJAK USIA BAYI BARU LAHIR SEHINGGA USIA TUA.

Bagaimana Terapi Sonotron dikendalikan:
Terapi ini akan bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah sekaligus menghilangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan. Setelah radikal bebas ni ditukarkan kepada oksigen dan air, sel yang sakit tadi berupaya untuk sembuh dengan serta merta secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.

Dalam aspek batuk kahak Dan selsema.. ( 80% pesakit yg datang disebabkan masalah ini), ia sangat membantu pesakit terutama bayi Dan kanak2 kerana sonotron brtindak pantas mencairkan kahak, ia juga multifunction iaitu mampu menyembuhkan juga luka Dan kegatalan Di tekak tanpa melibatkan sebarang ubatan. Kini, kebanyakan ibu bapa mahupun pesakit yg sudah mencuba kaedah ini, terus memilih kaedah ini untuk merawat batuk selsema, kahak,bronchitis dsbagainya.

Ini adalah antara senarai penyakit lain yg boleh dirawat:
(Utk penyakit lain, anda boleh rujuk semula dgn kami Di dlm talian)
-Stroke
-Gout
-Asma (Lelah)
-Bronkitis (terutama kanak-kanak)
-Sakit Tekak/Batuk
-Kayap/Ekzema/Kudis
-Sakit Pinggang/Pinggul
-Sakit siku/jari/lengan
-Migrain
-Angin ahmar (Strok)
-Resdung
-Sakit sendi lutut
-Kaki terseliuh
-Bengkak pada tapak kaki”
-luka
-ulser
-Masalah kulit/ jerawat
-Gastrik
Golongan yang DILARANG Membuat rawatan:
-Mereka yg memakai pacemaker @ bateri dalam jantung
-Wanita HAMIL
-Mereka yang Di masukkan besi Di dalam badan ( akan TETAPI jika bahagian rawatan bkn Di bahagian besi tersebut,tiada masalah)






Alhamdulillah, pertama kali buat memang nampak kesan.. Anas nampak selesa sangat, kami buat malam.. Rawatan dalam 10 minit.. Bunyi agak bising.. Esoknya, Anas muntah kahak yg sangat banyak.. Buang air besar pun banyak lendir. 

Gambar di atas, kali kedua mendapat rawatan. Nampak perubahan pada ekzema Anas.. Kulit kepala pun tak merah-merah dah.. Syukur Alhamdulillah.. 

Klinik-klinik yang menyediakan rawatan sonotron nie :


  • Pusat Rawatan Sonotron Tawakal, Bangi
  • Lot 1115, jalan Sejahtera, Kg. Teras Jernang, 43650 bandar baru bangi selangor, 43000 Bangi, Malaysia
  • Mon-Tue:
    8:00 am - 11:00 pm
    Thu-Sun:
    8:00 am - 11:00 pm

  • AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
    No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
    Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067
    Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
    No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 54200 Kuala Lumpur. Tel 03 – 41083716
    Isnin – Khamis (9 pagi-1 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-11 mlm), Jumaat (9 pagi-12 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-11 mlm), Sabtu (9 pg-1 tgh), Ahad (7 ptg – 10 malam)
    Klinik Dr Fauziah
    NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR, BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES, SELANGOR. Tel: 03-61890753.
    Klinik buka setiap hari kecuali hari Ahad.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...