Tuesday, May 31, 2016

Mango Cheese Cake tanpa bakar

Assalamualaikum...

Dok viral dekat fb akan kenikmatan mango cheese cake nie hah, tak perlu bakar pula tu. Saya lagi lah suka, sebabnya tak payah pening-peningkan kepala risau kek hangus ke, tak masak ke. Kek nie sangat mudah sebenarnya. Bahan-bahan pun mudah dapat. 

Malu sebenarnya nak tunjuk hasil kejadiannya. Saya bab baking memang fail. Ada je yang tak kena. As long as anak suka makan, husband boleh telan, syukur alhamdulillah.. Sebenarnya saya sangata-sangat jarang membanking nie. Setahun tu boleh kira berapa kali je saya buat kek.. Tak kisahlah kek ke kuih ke, memang jarang.






Resepi Mango Cheese Cake

Bahan-bahan base/cake :

200gram biskut marrie (hancurkan)
4 sudu besar butter (cairkan)

*hancurkan biskut marrie dan satukan dengan butter yang telah dicairkan. Asal boleh kepal tu kira ok lah..
* padatkan bahan tadi pada loyang kek..
* sejukkan di dalam freezer selama 1 jam

Bahan-bahan untuk krim cheese :

500 gram cream cheese
4 sudu besar gula
250 ml whipping cream
1 biji mangga potong dadu/hancurkan
3 sudu besar gelatin halal
1/2 cawan air panas
1 sudu besar sunquick mango

* putar cream cheese bersama gula hingga kembang, ketepikan
* putar whip cream sehingga kembang dan satukan ke dalam adunan cream cheese tadi.
* putarkan kesemua hingga sebati, masukkan mangga yang telah di hancurkan atau dipotong dadu, 1 sudu besar pati sunquick mango
* larutkan gelatin bersama air panas dan tuang ke dalam adunan cream cheese tadi
* keluarkan base cake yang dalam freezer tadi dan tuangkan kesemua adunan kedalam loyang..
* masukkan kedalam peti dan sejukkan selama 4-5 jam

Bahan topping/pure :

1 biji buah mangga
3 sudu besar gula
1 sudu besar sunquick mango
1 sudu besar gelatin halal
1/4 cawan air panas

* kisar buah mangga hinga jadi puree
* campurkan bersama gula
* larutkan gelatin kedalam air panas
* satukan gelatin ke dalam pure mangga dan tuang ke atas kek yang telah di sejukkan tadi

Sejukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum di hidang..

Sila lah tiru bulat-bulat resepi di atas. Jangan gatai-gatai ubah melainkan anda seorang pro. Macam saya, tak de gelatin pi gatai ganti dengan agar-agar serbuk. Pula tu, letak sikit je dalam bahan cream cheese tu.. Sudahnya, awal-awal nampak cantik je mango cheesecake daku.. Lama-lama jadi macam aiskrim.. Lembik..

Walaupun kejadiannya sebegitu, anak-anak suka dan suami cakap sedap. Untuk pertama kali buat, kira not bad la.. Lepas nie menjadi lah kot.. Cuma pada aku agak muak. Makan sikit pun dah cukup. Nak makan banyak-banyak memang tak lah...

Kalau anda spesis yang diet, jaga badan. Sila jangan makan kek nie.. Tak sesuai untuk dinikmati.. 

selamat mencubaaaaaaaa



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...