Thursday, May 26, 2016

Ephyra dan Set bersalin NR

Assalamualaikum

Saya nak berkongsi.. Antara produk yang saya ambil sepanjang tempoh berpantang dan masih diteruskan hingga sekarang.. Bersalin kali nie, saya cuba produk NR.. Beli set bersalin murah sikit kalau nak dibandingkan beli asing. 
Harga boleh dapat dalam RM250-RM300..


SUMBER GAMBAR : GOOGLE

Untuk awal 2 bulan pertama, agak kurang sesuai untuk saya.. Yang saya teruskan cuma minyak herbanika (guna dari 1st day bersalin), uncang cuci herbanika (untuk basuh dan mandi), herbanika lulur (sental daki pada badan n bagi badan hangat).

Akar herbanika n phytonatal memang bagus. Cuma tak serasi untuk Anas.. sebulan lebih Anas kuning. berulang alik ke klinik n hospital jela saya sepanjang tempoh berpantang. So, saya stopkan dulu sampai kuning dia kembali normal.. 2 bulan juga la..  Genap 2 bulan, saya teruskan minum air herbanika n makan phytonatal. Itupun selang hari.

Air akar herbanika nie bagus, bagi badan segar, lancarkan darah nifas, buang toksin dan toksik dalam badan. Susu badan banyak. 1 uncang boleh tahan 3 hari. buat stok letak dalam termos, uncangnya simpan dalam petisejuk. Satu hari minum 3-4 kali je..

Phytonatal pula untuk lancarkan pembuangan sisa-sisa pepejal, senang cerita tak nak bagi sembelit la. Perkara paling gerun la lepas bersalin, meneran sisa-sisa pepejal. Baik yang normal, or bersalin cser. Boleh trauma tau. So, makan phytonatal 2 biji, esoknya settle masalah. Senangkan?

SUMBER : GOOGLE

Di sebabkan saya tak teruskan dengan Air Akar herbanika dan phytonatal, makanya saya cuma minum Ephyra. Lama dah risik-risik.. intai-intai.. tak sangka jodoh dalam pantang. 3 hari minum dah nampak kesan perubahan pada badan. Muka tak berminyak, tak pucat. Kulit lembut.. Badan rasa segar bertenaga.. Susu banyak.. Sekarang dah masuk kotak ke 3, perubahan pada kuku dan rambut paling ketara.. Kulit-kulit pada kuku makin elok. Takde kulit-kulit mati.. Rambut pula nampak sihat, bersinar.. Kuat. Takde masalah rambut gugur..

Bab berbengkung pula, lepas 2 bulan baru saya mula berbengkung.. Itu pun bukan hari-hari. Awal-awal bersalin ada la cuba. Tapi mana silap ntah, habis berdarah.. Luka cser berdarah, terbuka sikit.. 2 kali kot kena. Serikkkk...

Tempoh berpantang kali nie memang sangat mencabar pada saya. 2 minggu pertama suami yang jaga sepenuhnya. Alhamdulillah, sihat saya.. masuk minggu ketiga dan seterusnya, ujian datang bertimpa-timpa.. Anak demam kuning berpanjangan, Amal dan Anis masuk wad seminggu sebab influenza B dan mycoplasma pneumonia, Ayah saya masuk wad di Kuantan.. Allah, ujian Dia betul-betul buat saya rasa hampir terduduk. Tapi yakin akan ketentuan Allah, ujian ini menguatkan saya. Belajar untuk redha. Dia rindu doa hambaNya..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...