Wednesday, January 27, 2016

Mee Kari Simple

Assalamualaikum...

Pregnant kali nie, mengamalkan konsep, kalau mengidam sila jangan mengada-ngada minta dengan suami, silalah masak sendiri.. Selain ikut selera kita, dapat kenyangkan satu keluarga, boleh makan banyak kali dan berkongsi rezeki..

Berbulan tekak nak makan mee kari. Bagitau husband, lagi la dia suka. Siap request masak lebih nak bawa ke office, jamu staff makan. Alahai.. malu pula saya.. Kebetulan malam tu, keluar ke MYDIN USJ, 1st time la ke sana... Bahan-bahan pun tak banyak, terhad.. So kita ambil apa yang ada je la untuk buat rencah..


Resepi mee kari versi saya :

Mee kuning, celur dan toskan
bawang merah, bawang putih, halia, cili kering - kisar halus
rempah kari ikan babas
kulit kayu manis, bunga lawang
santan
air
isi ayam
kerang
tauhu kering
bebola ikan
fishcake
taugeh
cili potong
sawi
telur, saya guna telur puyuh
garam dan gula secukup rasa

cara-cara :
tumis kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau
masukkan bahan kisar, tumis sekejap
masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak
(lebihkan rempah kari untuk rasa yang lebih sedap)
masukkan isi ayam, kerang, masak seketika..
masukkan air, gaul rata..
masukkan santan.. garam, gula.. kacau sebati hingga mendidih
masukkan bahan-bahan sampingan.. dan biarkan masak seketika

saya suka kuahnya pekat, nak masukkan kentang pun boleh. tak nak pun takpe..

Kalau takde cili jeruk, boleh buat sendiri..
hiris halus cili besar, rendam dengan kicap manis dan cuka.. boleh makan bila-bila nak...

ok, selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...