Thursday, January 28, 2016

Lempeng kelapa sambal sardin

Assalamualaikum..

Menu sarapan kali nie sangat nostalgia, sangat mengimbau kenangan lama.. Rindu mak.. rindu keluarga di kampung.. dan yang paling saya rindu, arwah atok dan nenek saya..
Lempeng kelapa, syahdu sangat.. Rasanya lama saya tak masak menu nie. Ntah kenapa lately nie tekak sangat nak makan. Untuk pertama kali sejak kahwin, saya masak menu nie untuk santapan keluarga.. Alhamdulillah anak-anak dan suami suka..


Lempeng kelapa

Kelapa parut, putih sahaja
Tepung gandum
Garam
Minyak masak 1 or 2 sudu
Air

Satukan kesemua bahan, kacau rata dan biarkan seketika..
(agak-agak kepekatan adunan, jgn cair sangat n jangan pekat sangat)

Panaskan kuali, lengserkan minyak dan tuang sedikit adunan lempeng..
Tunggu hingga masak..



Sambal sardin

1 tin sardin (asingkan isi dan kuahnya)
Bawang besar, bawang putih, halia, cili kering - kisar
Bawang besar, hiris
Cili besar, hiris
Kacang peas

Hancurkan isi ikan sardin
Tumis bahan kisar hingga naik bau
Tumiskan bawang dan cili hingga layu
Masukkan isi sardin yang telah di hancurkan
Masukkan sedikit kuah sardin
Masukkan kacang peas
Perasanakan dengan garam dan gula
Kacau hingga masak..


Kalau nak makan dengan sambal tumis ikan bilis pun sedap..
Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang...

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...