Tuesday, January 26, 2016

Bulgogi simple

Assalamualaikum..

Kami nie peminat makanan korea, nak-nak yang daging wrap dengan salad nie. Bulgogi.. Tak sentuh nasi pun takpa.. Grill je.. Since dekat rumah, bahan terhad, kita pakai jela apa yang ada.. Kiranya bulgogi kecemasan lah.....


Stok kimchi dan jeruk lobak putih dah habis, kita makan apa yang ada je. Kalau tak, lagi kick... Salad, cendawan panggang, bawang putih panggang, daging panggang, mana dgn sos lada hitam.. Letak sikit-sikit atas daun salad, bungkus dan suap semua dalam mulut.. Sedappp...


Daging saya perap dengan garam, madu, halia cincang, kicap, sos tiram. Guna apa yang ada.. Tak ikut resepi asal..


Yang nie memang kegemaran anak-anak.. Mashed pumpkin.. Labu, keledek manis kita kukus dan lenyek sampai hancur.. letak madu, mayonis sikit.. kacau sebati.. anak-anak memang suka lah....

Entry akan datang, saya akan kongsi cara buat jeruk lobak putih. Sedap sangat... 

Selamat mencuba...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...