Saturday, January 23, 2016

32 weeks pregnancy...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, usia kandungan dah masuk 32 minggu... InsyaAllah lagi 7 minggu baby lahir, kali nie secara cser juga. Kalau tanya perasaan, macam-macam ada. Sakit lama masih terbayang. Datang perasaan takut, tak sabar, macam-macam lah.. Sampai termimpi-mimpi terjun dari katil dalam bilik OT. Nampak tak betapa takutnya saya.. hehe..

Setakat nie berat badan naik seimbang, walau hakikatnya gemuk sedia ada.. Nak mencecah ke angka sekarang, memang seramlah.. Dalam pantang nanti wajib turunkan perlahan-lahan. Anak-anak pun dah tegur, mommy jalan macam penguin.. Jujur sangat.. Baby pun alhamdulillah aktif, cuma jantina masih menjadi tanda tanya.. nak bagi kejutan buat kami barangkali?

Dari segi persiapan kelengkapan baby, ala kadar je kot. Pakai apa yang ada. Baju-baju kakaknya yang elok-elok lagi. Since tak tau jantina, kami pilih safe colors je. Cuma ada la 2-3 pasang baju baru yang beli untuk baby. Stroller guna yang lama.. Dah basuh siap-siap. Katil baby, tinggal nak pasang je. Tilam pun guna mana ada, tukar sarung je kot. Barang-barang lain, macam newborn drypers masih belum beli.. 

Doakan semuanya selamat dan dipermudahkan nanti.. InsyaAllah sya akan kongsi dalam entry akan datang...

Bye....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...