Tuesday, December 8, 2015

Iberet folic

Assalamualaikum..Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki buat kami sekeluarga. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Pregnancy kali nie sangat menguji diri..

Ikutkan pengalaman masa pregnantkan anak yang pertama dan kedua, saya tidaklah mengalami mabuk yang teruk. Sekadar mual tu, biasalah. Tapi tak sampai melepek teruk. Penangan yang ketiga nie sangat lain macam. Mabuk 24jam.

Vitamin pula semua tak menjadi. Dari obimin, bawa ke zat besi, makan macam-macam, hgb darah tetap low. Makin lama makin rendah. Dari ambil darah di jari sampailah kena repeat datang klinik ambil darah dkt tangan. Nak jumpa urat sekian hal, nak dapatkan darah sekian hal.

Makan obimin, badan jadi lemah. Makan zat besi jadi sembelit teruk. Sehinggalah seorang doktor sarankan vitamin Iberet folic.. Alhamdulillah.. Sejak makan vitamin tu, hgb makin naik. Badan x rasa lemah. Selera makan makin pulih. Cuma saya consume Iberet Folic lepas sarapan pagi. Kalau x, gastrik datang melanda.

Sekotak boleh tahan sebulan. Kalau dekat farmasi luar, Guardian atau Watson, dalam Rm35 ke atas sekotak. Saya beli di Caring Farmasi, dengan kad ahli, beli during promotion boleh dalam RM25 sekotak. So far Caring paling murah.

Kalau ikutkan nurse klinik kesihatan dan doktor, Iberet Folic nie antara vitamin yang terbaik nak dibandingkan dgn yang lain. Cuma bila consume apa-apa vitamin, jangan terkejut bila najis bertukar warna hitam. Itu tandanya, vitamin tu serap dalam badan. Jangan panik pula ye.

Ok. Sekian entry kali nie.. Ada perkongsian dan tips lain, saya akan kongsikan bersama.

p/s : dah hampir 7 bulan, jalan pun macam penguin.. hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...