Monday, October 5, 2015

SweetPea Bakery Kuala Terengganu


Assalamualaikum..

Khas untuk penduduk Kuala Terengganu yang ingin membuat tempahan kek, atau mencari bakeri muslim, bolehla singgah ke SweetPea Bakeri Kuala Terengganu yang beralamat di Lot 1748, Kg Paloh Sungai Kiat, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu. (klik link untuk maklumat lanjut). 

InsyaAllah anda tidak akan kecewa dengan hasil sentuhan dan air tangan seorang ibu yang lemah lembut, teliti dalam setiap hasil kerja dan hasil yang penuh dengan kasih sayang. Rasa kek yang tidak muak, tidak terlalu manis, sesuai untuk semua golongan. Hiasan pada kek yang tidak terlalu sarat, segar mata memandang dan lain dari yang lain.

Selain dari kek, roti pun ada juga.. Macam-macam jenis pastri.. Kalau musim perayaan, kuih raya pun ada juga tau. Sedappp..

Jom cuci mata, lihat hasil air tangan mereka..


kek untuk pasangan mempelai, adik ipar saya sendiri.. Memang sedap. 3 tingkat kek, dan setiap tingkat, rasa yang berbeza..



Buah-buahan yang di jamin segar.. Rasa lain dari yang lain..


Cantik kan? Sejuk mata memandang.. sayang pula nak makan.. padanan warna yang sesuai..


Kek hari jadi untuk anak-anak pun ada.. tema frozen, memang jadi fenomena...hehehe


Puding Raja... sesuai untuk dijadikan hantaran, lain dari yang lain. dan yang pasti, puding raja memang sedap! cubalahh...


kek yang sedia ada di kedai. kalau rajin, singgahlah.. macam-macam ada...


yang nie memang memukau sangat-sangat.. anak-anak asyik tengok gambar nie je. Nampak gaya, harus ke Kuala Terengganu la tahun depan, sambut hari lahir anak-anak dekat sana...

Kalau ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di sini ye..


SweetPeaCakesNetc (FACEBOOK)
Lot 1748, Kampung Paloh Sungai Kiat, Jalan Kelantan, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu. 
Isnin - Khamis : 11.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu - Ahad : 11.00 pagi - 6.00 petang
Jumaat : CUTI


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...