Monday, October 5, 2015

Bahaya jerebu

Assalamualaikum..

Ya Allah.. rasanya dah hampir sebulan atau mungkin lebih kot isu jerebu tak selesai-selesai. Perasaan marah, risau, macam-macam lah timbul dalam hati. Bila duduk malam-malam, renung balik. Ujian Allah terhadap hambaNya, Dia nak kita rajin doa.. doa.. dan doa.. Mohon pertolongan pada Dia..

Walaupun sebenarnya perkara nie terjadi atas sikap manusia itu sendiri. Yang tidak tahu erti bersyukur, lahir dengan perasaan pentingkan diri sendiri, bertindak tanpa berfikir panjang. Kesannya? Ramai yang jadi mangsa keadaan.

Sejujurnya, perkara nie pun bagi kesan pada kami sekeluarga. 
Aktiviti luar bersama keluarga turut terjejas, persekolahan anak pun turut sama. Tambahan lagi, saya dan anak yg sulung memang penghidap asma, sangat sensitif dengan udara tidak sihat. Hujung minggu kami, hanya di rumah. Kalau keluar pun, ke pasar.. Itupun anak-anak tunggu dalam kereta dengan suami.


Kawasan Cheras khususnya, ipu antara 151-200, memang tak cukup sihat dah buat kami anak beranak. Sampai tahap dalam rumah pun berbau asap. Bayangkan alat penapis udara kami tak pernah warna biru.. Selalu merah atau ungu.. Memang tak sihat. Sejak pasang alat penapis udara nie, nampak kesan terhadap kesihatan Amal.. Kalau dulu senang serang asma, hingga bawa ke jangkitan kuman paru-paru. Sekarang Alhamdulillah jarang sangat.







Sama-sama lah kita berdoa, agar situasi ini segera selesai. Sama-sama jaga kesihatan diri dan keluarga. 


Jangan lupa pakai mask yang sesuai ketika keluar dari rumah. Kurangkan aktiviti luar jika boleh. 

p.s : bila Allah kurniakan udara yang bersih pada kita, adakala kita lupa untuk bersyukur.. hinggalah Allah tarik nikmat tu dari kita. Harapnya untuk seketika cuma...




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...