Monday, April 13, 2015

Ayam Ungkep sama Petai


Assalamualaikum..


Hari minggu, dapat habiskan masa dekat rumah, golek-golek dengan anak-anak, memang la nikmat sangat rasanya. Tiap-tiap weekend keluar jalan-jalan pun penat sebenarnya. Lagi-lagi zaman gst nie, macam patah hati sikit nak keluar rumah. 

Semalam encik husband keluar ke pasar sorang-sorang, memandangkan hari minggu, malas nak bawa anak ke pasar, mesti ramai dan bersesak-sesak. Makanya encik husband sorang jela pergi bertemankan list barang nak beli. 

Balik dari pasar, terus masak.. Teringin nak makan ungkep ayam.. Haritu buat versi lain, kali nie try resepi lain pula.. 

Resepi Ayam Ungkep sama Petai.

8 ketul ayam (diperap garam dgn kunyit)
*2 Ulas bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup (saya pakai serbuk kunyit je)
*1/2 inci halia
*4 biji cili padi (saya tak letak, anak-anak tak makan pedas)
*3 batang serai
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan manis
*1 sudu kecil jintan putih
Petai 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air

Cara-Cara :

Kisar semua bahan bertanda * di atas dan tumis hingga naik bau..
Masukkan ayam, gaul sebati..
Tuang sedikit air, masak sehingga agak kering..
Letakkan petai
Perasakan dengan garam dan gula..

Saya suka berkuah dan tak kering sangat, alhamdulillah anak-anak suka.. Suami apatah lagi.. Pekena dengan sambal belacan, sayur-sayur kampung, memang terangkat.. Diet memang hanyut lah... hehe

Kalau tak suka petai, tak perlu letak.. 

SELAMAT MENCUBA!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...