Tuesday, March 24, 2015

World Down Syndrom day

Assalamualaikum..



21 March.. hari downsyndrom sedunia..

Sambutan dekat Malaysia baru-baru nie diadakan di KL bird park. Dek kerana bertindih dgn jadual husband, tak dapatlah saya meraikan sekali hari yg bahagia ini. Hajat untuk mengubat rindu pada arwah adik tidak kesampaian. Takpelah mungkin ada hikmah semua nya..

Tapi saya tak lepas untul berkongsi kisah dengan ahli keluarga yg ada anak or adik beradik downsyndrom di instagram. Alhamdulillah, kami seakan sudah lama mengenali.



Antara kawan-kawan arwah adik yg hadir semasa perjalanan terakhir arwah.. ramai antara mereka down syndrom.

Anak-anak syurga...
Bakal penghuni syurga..
Kamu di lahirkan ke dunia serba kurang
Namun di mata Allah kamu sebenarnya sempurna..insan istimewa..

Budimu luhur.. tuturmu ikhlas..

Ada kelembutan disebalik riak wajah
Senyuman yg terukir mampu melembutkan hati yg melihat
Walaupun langkahmu berat namun tetap kau hayunkan

Hadirmu adalah anugerah

Hadirmu juga rahmat
Hadirmu ujian buat yg sempurna
Untuk menghargai erti hidup yg sebenar

Kekuranganmu bukan penghalang untuk mendapat bahagia

Kekuranganmu bukan penghalang untuk bergembira

Hakikat yang pasti...

Kamu lebih sempurna dari insan yg dilahirkan sempurna...

Di mata Allah.. di mata masyarakat.. di mata dunia..


Happy downsyndrom day kesayangan..



We miss u kakak......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...