Friday, November 7, 2014

'smoothie sunnah'

Assalamualaikum..

Alhamdulillah... masih berkesempatan dan di beri peluang bernafas di bumi Allah. Biasanya saya share smoothie buah-buahan kan? Kali nie nak share smoothie sunnah..
Apa yang saya amalkan insyaAllah setiap hari. Selalunya saya minum malam tapi rasanya lebih sesuai minum waktu pagi masa perut kosong.



3-4 sudu besar Ibu susu kambing
3 biji kurma
1 sudu kecil habbatus sauda
7 biji roasted almond

~kisar semua bahan hingga halus dan boleh la terus minum. Nak sejuk boleh, suam pun boleh..

Ada sesetengah orang kisar almond dgn susu kemudian tapiskan hampas almond.. tapi saya kisar semua sekali dgn minum. Ikut citarasa masing-masing. Saya lebih gemar rasa almond, habbatus sauda dan kurma yg di kisar, sedap kunyah. Hehe.

Owh, untuk anak-anak saya kurangkan sukatan serbuk susu kambing dan lain-lain.

1 sudu besar ibu susu kambing
1/2 sudu kecil habbatus sauda
1 biji kurma
3 biji roasted almond

Saya tak letak madu, salah satunya sebab takde stok.. kedua, kurma pun dah cukup manis. Tapi kalau nak letak juga, boleh kurangkan jumlah kurma..

Oklah. Selamat mencuba.. amalkan makanan sunnah setiap hari dan jangan lupa green smoothie juga!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...