Friday, November 7, 2014

Sharkfin Soup homemade mudah

Assalamualaikum...

Saya suka masakan chinese style terutama sharkfin soup. Tapi selalu bcinta nak order sebab harganya agak maheiii.. lagi femes restoran lagi mahal harganya. Kebiasaannya cecah rm50 untuk medium size.

Kebetulan baru-baru nie skodeng di peti frozen di nsk, x sangka jumpa sharkfin. Grab la sepeket. Semangat berkobar-kobar nak masak sendiri. Makan smpai puas!



Bahan-bahan :
1 paket sharkfin
Cendawan
Crab stick
Pati ayam
Tepung jagung
Putih telur
Sos tiram
Minyak bijan
Sos ikan
Garam

Cara-cara :
~larutkan tepung jagung dengan air
~didihkan air dan pati ayam bersama tepung jagung yg sudah dilarutka.
~masukkan crabstik yg di hiris halus
~masukkan cendawan
~masak seketika dan masukkan sharkfin
~didihkan seketika
~masukkan sos tiram, minyak bijan dan sos ikan
~masukkan telur putih sambil kacau sup
~perasakan dengan garam

Sedap makan panas-panas.

*minyak bijan dan sos ikan tak letak banyak.
*boleh guna fresh crab


Selamat mencuba!!

1 comment:

My Aisy said...

sedapnya...aah kan klu beli mmg mahainya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...