Friday, November 14, 2014

Kimchi homemade terlajak pedas

Assalamualaikum..
Fuhh.. pedass.. update blog sambil menikmati kimchi dan ramen, pedas terlajak. Berpeluh mcm dalam sauna.. kenapa pedas? Nanti saya ceritakan.

Saya sangat suka makanan korea.. sangat suka. Tidak berminyak dan tidak lemak. Bahan-bahan ringkas dan sangat mudah nak sediakan. Kimchi, salah satu menu mudah untuk di sediakan dan tahan lama.. umpama sayur jeruk gitu.



Nie kimchi yang saya buat 3 hari lepas. Merah kan? Pedas tu.. nak beli mahal yang amat. Satu paket kecil, ada 5 hiris kubis RM7.00.. Buat sendiri boleh makan berbulan-bulan. Makan sampai puas.

Bahan-bahannya cukup ringkas n senang nak sediakan..

Bahan-bahan :
1 biji kubis cina
Secekak daun kucai/daun bawang
1 biji epal merah
1 biji buah pear
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan garam kasar
1/2 cawan gula
5 sudu besar serbuk cili babas (ikut kepedasan)
1/2 cawan udang kering

Cara-cara :
*bersihkan kubis dan potong besar, letak dalam bekas besar
*larutkan garam kasar dgn air dan tuangkan dlm bekas kubis, gaul sebati dan rendam 1-2 jam
*bawang putih, halia, udang kering, pear dan epal dikisar sebati.
*tuangkan bahan yg di kisar ke dalam bekas kosong, campurkan bersama serbuk cili dan gula.
*basuh kubis yg direndam untuk hilangkan masin garam dan toskan
*campurkan kubis ke dalam pes cili tadi hingga rata dan bolehla peram dlm bekas kedap udara..
*biarkan semalaman di luar peti sejuk, hari kedua bolehla di simpan dlam peti..

Owh, kenapa kimchi saya sangat merah?
Sebabb.. terlebih serbuk cili. Ikutkan resepi setengah cawan tapi saya bantai letak sampai habis satu peket.. terlajak pedas lah jawabnya..



Ramen campur dengan kimchi. Makan masa musim hujan memang terangkat.. berpeluh-peluh tau..

Selamat mencuba..

1 comment:

My Aisy said...

boleh try la kimchi ni...coz ari tu makan sedap...tak la susah sangat pon nak buat yek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...