Tuesday, November 11, 2014

Kek pisang moist

Assalamualaikum..

Kek pisang, dari dulu hingga kini sangatlah di gemari semua golongan. Kira kek legend lah. Minum petang dan kek pisang sangatlah sinonim. Alhamdulillah, rasanya percubaan buat kek pisang kali nie menjadi. Sedap kata encik suami.



Bahan-bahan :

3-4 biji pisang yg dh masak ranum (maaf daku x kenal pisang apa)
1 cawan minyak
1 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarb
1 sudu teh baking powder

Cara-cara :
~panaskan oven pada suhu 170c selama 10 minit
~satukan minyak, gula dan telur ke dalam blender, kisar hingga putih
~masukkan pisang dan kisar lagi
~tepung gandum, soda bicarb, baking powder di ayak dan masukkan sedikit demo sedikit ke dlm blender, kisar hingga semua sebati.
~masukkan esen vanilla dan kisar lagi.
~sapu loyang pembakar dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang
~bakar pada suhu 170c selama 1 jam.

InsyaAllah kek pisang nie sangat moist.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...