Friday, November 7, 2014

Kek coklat moist mudah

Assalamualaikum..

Hampir setahun atau mungkin lebih saya tak mem'baking'. Seingat saya sejak Anis lahir, tak pernah saya buat kek coklat. Cuma baru-baru nie je tekak sangat teringin nak makan dan semangat tu datang bilamana Amal sendiri yg request nak makan kek.



Bahan - bahan :
*2 cawan tepung gandum
*3/4 cawan serbuk koko
*1/2 sudu teh baking powder
*2 sudu teh bikarbonat soda

(Satukan kesemua bahan kering dan ayak sebati)

2 cawan gula castor
(Kalau nak manis, blh lebihkan lg)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan air panas
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

~pukul telur bersama gula hingga sebati
~masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit hingga sebati
~masukkan susu cair, minyak masak
~kacau hingga semua adunan sebati, masukkan air panas dan esen vanilla.
~kacau sebati dah kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Topping :
~2 sudu besar butter
~1 cawan coklat cip
~1/2 cawan susu cair

Double boilkan semua bahan. Kacau hingga semuanya sebati..

Husband saya bukanlah peminat kek coklat or apa2 coklat tapi kali nie dia boleh makan banyak kali. Tak muak katanya dan tapayah susah susah kunyah.. cair sendiri dalam mulut. Dan yg paling happy sekali, Amal lah. Banyak potong juga yg dia makan.

Happy tummy, happy life... eh?

Selamat mencuba!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...