Friday, October 10, 2014

Smoothies untuk anak-anak

Assalamualaikum..

Sedia maklum budak-budak memang susah nak makan sayur.. kalau makan pun satu dua jenis je itupun becinta nak habiskan.. contoh terdekat my kids lah.. kalau nasi ada sayur, macam kena histeria nak habiskan.. tak pun tak sentuh langsung. Sedih...

Tapi bab buah-buahan memang laju lah. Tak makan nasi pun takpe. Itu si kakak.. adiknya liat juga nak makan buah. Mana la badan tak halus.. puas fikir cara akhirnya terpaksa guna kan cara nie. Blend sayur untuk dijadikan jus. Smoothies.. mix skali dengan buah-buahan.. make sure nak buat kena buat belakang budak-budak nie. Kang kantoi kita letak sayur, langsung tak di minumnya..

Percubaan pertama :



Bayam, buah naga dan pisang

Hasilnya :



Sedap juga.. kisar bersama jus oren sedikit or just tambah sesudu madu dan air masak.. saje tak nak buat sejuk-sejuk since kakaknya tak sihat..

Alhamdulillah.. anak-anak suka.. dapat la 3 portion.. satu untuk mami, kakak n adik.. dannnn... smoothies nie mengenyangkan! Elok untuk mereka yang sedang berdiet.. hehe...

Selamat mencuba!

#nak try resepi lain pula.. satu hari satu smoothies... yeay!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...