Tuesday, October 7, 2014

Rendang hijau

Assalamualaikum..

Salam aidiladha semua. Tahun nie sambut raya haji di ipoh.. sambil ziarah pak long dan family kat sana.. seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Gelak sakan dan diet semua kelaut. Satu malam je di Ipoh, ahad malam dah balik ke kl.. tak puas rasanya...

Hari nie masak pulut kuning dan rendang daging. Since husband dapat kerja lain dan kesihatan Amal semakin baik.. niat dah lama dah.. bangun awal subuh, gigih blend cili bagai nak siapkan rendang. Kebetulan pula takbir raya masih lagi berkumandang di astro oasis



Nasi impit, pulut kuning tragedi n rendang daging.. alhamdulillah...



resepi rendang hijau

Resepi : Pak Engku
Sumber : Azlita Masam Manis
Bahan2
1 kg daging - dipotong kecil 
15 biji cili padi - dikisar (saya guna cili hijau)
3 inc kunyit hidup - dikisar
4 labu bawang besar - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 inc lengkuas - dikisar
10 batang serai - dikisar
5 gm lada hitam - dikisar
2 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 kg santan
50 gm kerisik
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris rampai
garam dan gula secukup rasa
1/2 ketul gula melaka 


Cara2 Menyediakan
1. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang bersama2 dgn bawang besar, halia, serai, lengkuas dan lada hitam.  Bila sudah kekuningan, masukkan cili padi, kunyit hidup dan daging. Masak hingga daging empuk / kering air dagingnya.
2. Kemudian masukkan santan secukupnyer dan masak hingga kuah pekat.  Bila sudah pekat masukkan daun kunyit, kerisik, asam keping dan kacau rata.
3. Perasakan garam dan gulanyer secukup rasa.
4. Masak lagi hingga naik minyak dan hampir kering barulah diangkat.

Selamat mencuba!

1 comment:

Hana Radzi said...

raya haji ni tak merasa makan juadah hari raya... (-_-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...