Tuesday, October 21, 2014

Pengat palembang

Assalamualaikum...

First time rasa pengat palembang nie sejak kahwin dgn my husband.. arwah mil yg perkenalkan. Menu tradisi mereka katanya. Lain dari yang lain dan jarang sangat dpt jumpa..

Rasanya setahun lebih tak rasa pengat palembang sejak pemergiaan arwah mil. Rindu.. teringin.. arwah sempat ajar macamana nak masak pengat palembang beberapa bulan sebelum dia pergi..



Bagi siapa yg belum pernah rasa, cubalah resepi nie. Simple dan sedap..

Resepi pengat palembang
Pisang tanduk (sederhana masak)
Telur
Minyak untuk.menggoreng

Air gula :
Gula (ikut suka manis mana nak)
Bunga cengkih 3-4 kuntum
Air
Daun pandan ( simpul)

Cara-caranya :
Panaskan minyak.
Potong sederhana nipis pisang, dan celup ke dlm telur yg telah di pukul dan goreng hingga kekuningan / sedikit garing

Dalam masa yg sama, masak air gula...

Toskan pisang yg telah di goreng utk kurangkan minyak dan masukkan ke dalam air gula yg telah di masak..

Sedap makan masa sejuk..

Rasa nak feeling2 makan dgn penuh style ala-ala hotel, susun pisang yg telah di goreng ke dlm pinggan dan curahkan dgn air gula.. pastu makan la dgn pisau n garfu.. kelas dop? Hahaha.. poyo jek.. mihmihmihh

Selamat mencuba wokk!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...