Wednesday, October 29, 2014

Laksam.. This Is Pantai Timur

Assalamualaikum..

Tekak kalau datang teringin, memang tak sempat tunggu siang.. Berbulan dah rasa nak sangat makan laksam. Laksam okeyh! Seingat saya, kali terakhir makan laksam, sebelum mengandungkan Anis.. Lebih 2 tahun kot. Itupun di Kuantan, di KL mmg susah nak jumpa. (Lebih kepada malas nak mencari sebenarnya.. huhuhu)

Kebetulan malam tadi ke NSK, beli barang basah, tengok ikan cantik-cantik dan agak fresh, terus datang semangat berkobar-kobar nak masak laksam. Masa tu juga rasa nak meleleh air liur.. hahaha...

Sebenarnya ini adalah cubaan yang pertama saya masak laksam.. untuk kuahnya dan lain-lain, dah biasa.. cuma laksam itu sendiri, pertama kali masak.. Ya Allah.. mencabar rupanya. Bukan perkara mudah. Bila tiba keadaan mcm tu, teringat kegigihan peniaga-peniaga kecil yg menjual makanan.. kita ada kalanya reti komplen je.. kesukaran sebenar kita tak rasa.. Panas, melecur, macam-macam lagilah.. mencabar. Pada saya, semua menguji kesabaran dalam masa yang sama pengalaman buat sama.. mana tahu lepas nie lebih pro!



Bahan-bahan untuk laksam :
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
5 cawan air suam..

Dalam masa yang sama, panaskan kukusan..

Cara-cara :
-Campur kesemua bahan dan kacau sebati..
-Lengserkan tudung periuk atau dulang atau apa2 je yang leper dan panaskan dalam kukusan..
-Tuang adunan serata tudung periuk, jangan tebal sangat dan jangan terlalu nipis.
-Kukus 5-10 minit hingga masak.
-Gulung dari tepi adunan dengan menggunakan garfu atau pisau
-Sejukkan seketika dan boleh gunting.
-Ulang proses yang sama sehingga habis adunan..

**hati-hati dengan wap panas dan panas dulang..

Untuk Kuah :
4 ekor ikan selar/kembung
(Rebus dan kisar isinya)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam (kisar kasar)
3 cawan santan
1 sudu teh kerisik
4 keping asam keping
1 batang serai
Garam dan gula

Cara-cara :
-Kisar isi ikan bersama bawang, halia, bawang putih dgn menggunakan air rebusan ikan hingga sebati.
-Tuang ke dalam periuk dan masak seketika.
-Masukkan santan, lada hitam, asam keping dan serai
-Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
-kepekatan kuah bergantung pada selera masing-masing

Untuk hiasan :
Taugeh
Kacang panjang - hiris halus
Daun kesum - hiris halus
Timun - hiris halus

Untuk sambal :
Cili kering (ikut suka pedas)
Belacan
Garam
Gula

-kisar semua bahan hingga sebati, gunakan sedikit air je untuk kepekatan sambal

*kalau tak nak campurkan belacan pun takpe. Letak berasingan dengan sambal.

Dalam pada sibuk-sibuk 'menebar' laksam, tak sedar dah pukul 3 pagi. Sesuka hati den je kelentung kelentang kat dapur. Pukul 5.30am, selesai semuanya.. Alhamdulillah... dapatlah ahli keluarga santap laksam sebagai sarapan..

Owh.. minggu nie minggu THIS IS PANTAI TIMUR. Semangat lain macam.. Semalam masak nasi dagang... Hari nie Laksam pula.. Esok lusa tak tau lagi.. Pahang nak jadi juara agaknya.. eh? Hehehe..

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...