Sunday, October 12, 2014

Detox water dan smoothie.

Assalamualaikum...

Ketagih betul dengan detox water dan smoothies sekarang nie. Rasa mcm tak lengkap hari kalau x minum. Anak-anak pun request manjang. Ajak buat sama-sama pagi rancak diorg minum.

Since minum smoothies nie, nampak perubahan pada kulit amal.. ekzema makin kurang, kulit pun tak kering. Alhamdulillah..



Kali nie try resepi baru
1 cawan bayam
2 biji epal hijau
1 biji kiwi
Sepotong nenas
2 sudu madu
2 cawan air

Rasa mungkin masam sikit tapi insyaAllah sedap..

Untuk detox water pula..



1 biji lemon
1 biji oren
Suku biji timun
Semua dihiris nipis
Masukkan dlm bekas air dan penuhkan dengan air..
Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Esok pagi bangun tidur boleh minum...



Sangat menyegarkan..

Cubalah....

1 comment:

My Aisy said...

pergh...bayam tu yang rasa cam susah skit nak try...hihi...sebab sayur kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...