Friday, September 5, 2014

Ujian Allah tanda sayang

Assalamualaikum..

Jumaat nan indah. Penghulu segala hari. Dalamnya penuh barakah. Moga amalan kita diterima olehNya..

Kami diuji lagi, mungkin atas kecuaian diri sendiri.. juga teguran kecil dari Allah. Ujian dariNya agar kami tidak leka. Mungkin ada tersilap langkah, sedikit terabai akan amanah Allah ini. Mungkin juga kifarah pada kami. Hanya Allah sahaja yg mengetahui.

2nd day Amal Khalisah di wad akibat jangkitan kuman di paru-paru. Yup, tahun nie kami di uji dengan masalah kesihatan anak dan suami. Di saat-saat begini, perhatian diberikan sepenuhnya pada anak-anak. Hal lain? Tolak tepi. Tak cukup tidur, makan tak tentu masa, tiada tilam empuk, tidur beralaskan tikar dan toto sahaja. Rasanya badan ini hampir 'lemau' dek baring atas lantai sejuk. Tak mengapa, demi anak. Ujian Allah semua nie tanda sayangNya Dia pada kami..



Pejam mata. Tarik nafas dalam-dalam. Hanya Dia sahaja mengetahui apa yg terbuku di lubuk hati. Hanya Dia mengerti segalanya.. Hanya Dia mengetahui apa yg terbaik utk kami... Allahuakbar..



"Not all your days will be the same. A day of sadness and another of happiness. A day of profit and another of loss. That's the test of life....."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...