Friday, August 15, 2014

Ujian tanda Allah sayang

Assalamualaikum...

Salam subuh.. hari nie tiada resepi nak di kongsikan dengan kawan-kawan. Nie pun update blog dari hospital. Anak dara nie lelah pula. Alhamdulillah kali nie tiada jangkitan kuman macam selalu kena cuma lelah je.

Perkara yang paling merisaukan bila amal start selsema. Bila dah berhingus, dia akan batuk. Bunyi batuk sikit je cukup dah bfuat mommy get ready apa yang patut. Memanh tak tidur malam la untuk monitor keadaan kesihatan dia. Mata panda? Tolak tepi..

Mulanya just ke klinik, doktor cakap tak perlu ambil neb tapi menjelang ke tengahari nafas makin laju n dia mula mengah. Kat rumah bukan reti duduk diam, mainnn je dengan anis.. mastermind. Daddy balik bawa ke emergency. Lepas amik neb baru nampak lega. Tapi still kena amik neb lg malam nanti. outpatient treatment.













Nampak tak.adik tu.. nak juga kacau kak8ak. Dek kerana nafasnya masih mengah even lepas beberapa jam neb, doktor suggest untuk admit kan ke wad. Risau akan keadaan dia since dia ada history pneumonia. Berkampunglah kami kat sini lagi. Kali nie mommy jela yang jaga anak-anak since daddy kerja.








Alhamdulillah. Duduk hospital udara bersih. Dia tak aktif. Makan ubat pun senang. Selesa untuk amal berehat dan keadaan pun makin pulih. Lega rasanya tengok anak makin sihat.

Kawan-kawan ada bertanya. anak sakit lagi? Kerap masuk hospital. Ada yg persoalkan perkara bukan-bukan. Pada saya ini ujian Allah untuk kami sekeluarga. Mungkin juga kifarah atas dosa kami. Bukan kami pinta untuk anak tidak sihat. Bukan kami suka-suka nak dia sakit. Bukan saya selaku mommy tak jaga keadaan makan minum anak. Bohonglah kalau hati saya tak luluh tengok anak macam nie. Bohonglah kalau saya tak menangis. Terima kasih atas nasihat dan juga cemuhan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...