Friday, August 22, 2014

Tadika oh tadika.

Assalamualaikum....

Kejap dah nak masuk bulan 9. Mommy dah gelabah puyuh survey sekolah tadika untuk anak. Tahun depan amal khalisah 5 tahun. Hajat nak masukkan dia ke tadika. Supaya senang untuk amal berkawan dan belajar. Bagi dia sesuai dengan alam persekolahan. Sekarang nie kalau tanya, asyik nak pergi sekolah je. Tapi mommy kena jadi teacher. Alahai nak...setakat teacher kat rumah mommy mampu lah... ajar mana yang patut dan mampu..

Dekat kawasan rumah nie memang banyak sangat pilihan sampai tak terpilih. Tapi yang utama pada saya dan suami, perihal pengisian agama dan pendidikan seimbang. Terapkan pengisian dari awal usia untuk mereka. Sekurangnya balik sekolah boleh cerita dekat mommy apa yang dia belajar di tadika.

Setakat nie yang ada dalam senarai kami, Little Caliphs, Brainy Bunch dan PASTI. Perihal yuran belum tahu lagi. Biasanya bulan 10 ada open day, masa tu sesuaila kot nak tanya 1001 soalan. Banyak faktor yang kami harus kaji perihal kemasukan amal ke tadika nanti. Dari segi makanan, kebersihan, aktiviti dalam kelas dan soal kebajikan anak2. Since amal kerap tak sihat, saya harus lebih teliti dlm memilih kawasan dia belajar.

Melalui apa yg saya baca dari blog lain, yuran pendaftaran je dah cecah RM1500..bulanan RM350. Ada yang charge yuran semester. Biasanya setahun ada 3 semester. Boleh pilih bayar bulanan atau sederap.

Alahai.. anak baru nak masuk tadika tapi.gaya mcm nak masuk Universiti. Hmmmm....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...