Wednesday, August 6, 2014

Nasi kerabu resepi tradisi



Assalamualaikum...Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah. Masih dalam mood raya pastinya kan? Mesti dah hilang idea nak jamu apa untuk para tetamu. Apa kata hidangkan dengan nasi kerabu? Ulam-ulaman baik untuk kesihatan dan awet muda gittewww.. 😊😊😊

Actually nie menu wajib masa bulan puasa. Ramadhan baru nie 2 kali saya masak nasi kerabu. Repeat masak sebab suami suka. Walaupun sedikit leceh tapi berbaloi..

Ramai kawan-kawan yg pm nakkan resepi sambal nasi kerabu. Biasanya di kl nie sambal nasi kerabu hanyalah sambal.cili dengan cuka.tu kan? Siram pula dengan budu. Resepi yang saya belajar nie turun temurun dari arwah nenek saya. Tiap kali puasa, wajib masak untuk kami.

Meh masak sama-sama yek..

Sambal nasi kerabu :
Santan
Cili kisar
Bawang merah, halia kisar
Gula kerek/gula melaka
Asam keping
Serai
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan dan masak hingga pecah minyak. Masak dengan api kecil n kacau untuk elakkan santan berketul.

Sambal kelapa :
Kelapa parut
Ikan tongkol/ikan kembung (terpulang)
Gula kerek
Serai
Bawang merah
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Sangai kelapa parut hingga kekuningan
Perap ikan dengan garam dan bakar hingga masak.
Asingkan isi ikan dan tumbuk sebati bersama serai, bawang merah dan gula kerek.
Gaulkan ikan yg ditumbuk tadi dengan kelapa hingga mesra

Kerabu :
Kacang botol hiris halus
Timun hiris halus
Daun kesum hiris halus
*boleh letak apa2 ulam yg korg suka.

Bahan lain:
Nasi putih
Keropok goreng
Telur masin
Ikan celup tepung

Kenapa takde anggaran bahan? Biasanya saya masak ikut suka letak banyak mana. Pandai-pandai agak ikut cita rasa. 😊

Selamat mencuba ye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...