Wednesday, August 6, 2014

Mee rebus tulang

Assalamualaikum..

Weekend baru nie baru la kami dapat rasa mood raya since Amal keluar hospital raya ketiga. Dek kerana tekak nie teringin sangat nak makan mee rebus, maka malamnya ajak la husband ke NSK untuk beli bahan-bahan untuk mee rebus. Kali nie teringin nak makan mee rebus tulang. Nak cari kat KL nie mmg susah nak jumpa. Kalau ada pun harganya mak aiiii...faham-faham sajalah..



Hasil berperang merebus tulang dan daging, maka terhasillah mee rebus tulang yg simple. Saje masak lebih, kotla ada tetamu nak beraya. Husband pun ada ajak kawan-kawan uni n schoolmate datang ke rumah. Saudara mara pun ada datang sama. Tak menang tangan melayan tetamu. Tapi seronok.. bukan selalu dapat rasa semua nie.penat yg sangat berbaloi..

Ada tetamu yg minta resepi. Dek kerana bz saya update dalam blog sahajalah. Mana tahu kawan lain blh cuba sama..

Ready nak salin resepi? Jom..

Untuk kuah mee rebus
*tulang lembu dan daging (rebus hingga empuk)
*bawang merah, bawang putih, halia (kisar)
*cili kering (dikisar-kalau suka pedas blh letak banyak)
*lengkuas dan serai (dititik)
*udang kering (basuh bersih dan kisar)
*tauchu (letak sikit ikut kesesuaian kuah)
*kerisik
*rempah kari
*minyak untuk menumis
*gula melaka/gula merah
*keledek (rebus dan kisar bersama air rebusan)
*kacang tanah (sangai dan kisar halus)
*garam secukup rasa

Cara-cara :
*tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, udang kering, rempah kari, tauchu, lengkuas dan serai.hingga naik.bau
*masukkan tulang dan daging serta air rebusan, masak hingga mendidih.
*masukkan kerisik, gula kerek, kacau sebati
*masukkan keledek utk pekatkan kuah. Kalau suka.pekat letak banyak.
*bila dah semua sebati baru masukkan kacang tanah dan garam.

Bahan lain :
*mee kuning di celur dgn air panas
*tauhu di goreng dan.hiris nipis
*cili.hijau hiris nipis
*sawi.dicelur
*telur rebus

kerisik jgn letak banyak, kalau kuah banyak cukup sekadar 2 sudu besar. Risau pahit je nanti.
kalau letak.tauchu.banyak, kurangkan garam sbb tauchu sedia masin
bahan-bahan memang takde sukatan, saya main campak-campak ikut kesesuaian citarasa.
udang kering sekadar nak tambah rasa

Ok, selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...