Monday, August 11, 2014

Bio Essence vs wonderglow, vit e collagen, ar razi & nour ain

Assalamualaikum..

Tua sebelum usia. Seram makk. Hakikat yg harus diterima bila masuk 3series nie. Nama pun perempuan, macam-macam benda nak jaga especially muka.

Terus terang, sejak anak masuk dua nie, saya sangat jarang jaga muka. Cuci ala kadar. Tak guna pelembab, krim siang ke malam ke memang tiada. Kalau ada pun lepas rasa x serasi, terus stop..

Meh daku senaraikan produk kecantikan yg pernah saya guna..

*NOUR AIN
•Tidak di nafika produk nie sangat bagus. Memang best. Harga pun berpatutan dan mampu milik. Saya beli set yang ada sabun, krim siang, krim malam, toner dan serum. Kesannya boleh nampak seawal seminggu. Perubahan pada kulit jadi sekata dan anjal. Chewahhh.. kenapa tak teruskan? Tang sabun yg tak bestnya. Lepas sabun dan bersihkan muka, kulit jadi tegang. Lama kelamaan bila dah nak masuk sebulan, kulit esp kat pipi jadi kering dan pedih. Maka dengan itu saya ambil keputusan untuk stop.

*Vitamin E + collagen
•Nie kes terpengaruh dengan orang la nie. Nak cantik la, flawless, nak putih gebu konon. Dan produk yg murah. Pakai seminggu je kalau x silap. Sabun tu takde masalah. Cuma bila pakai rasa panas semacam kat kulit muka nie. Krim malam memang heavy. Sangat x selesa. Rasa lemas kulit muka. Krim siang pun sama. Bila baca review orang, baru tahu betapa bahayanya produk nie. Ada merkuri yang boleh menyebabkan kanser. Ok.. terus stop!

*Sabun Ar Razi
•Nie lebih kepada pengaruh facebook. Sabun tu datang dalam satu kotak dan memang dalam bekas. Tapayah dah nak letak dalam bekas lain. Ada 2 sabun. Kalau kira memang jimat la. Berbaloi sangat. Bau sabun nie macam serai. Wangi. Kalau tak silap kandungan sabun nie ada serai. Betulkan kalau saya silap. Tak di nafikan, sabun nie umpama terapi. Lepas basuh, dengan wangian serai tu memang betul-betul buat kita rasa rileks. Cuma bila masuk minggu ketiga, saya perasan blackhead n whitehead makin meriah naiknya..jerawat halus pun macam tak segan silu nak singgah. Memang jodoh tak panjang dengan sabun nie.

*Wonderglow gold set

•Yang nie memang saya menyesal sangat-sangat beli. Rasa bersalah pada suami sebab bazirkan duit dia. Beli tak fikir panjang dan tak baca review dari pengguna lain. Senang kata tak belajar dari pengalaman. Orang lain nak cantik kita pun nak cantik. Glowing sana sini. Hamik sekarang glow in the dark jadinya.. haish.. First time tengok semua sabun dan krim, terus terdetik. "Sama macam vitamin e collagen.." tapi nak sedapkan hati dan fikirkan cantik semata, teruskan penggunaan. Hari pertama pakai, husband tegur jerawat halus naik kat dahi. Saya fikir mungkin sebab seminggu berada dihospital jaga anak, maka jerawat naik. Tapi bila sampai hari ketiga jerawat naik dengan meriahnya kat dahi. Muka pun macam lebam. Selepas 3 hari stop, kulit muka mula pedih dan menggelupas serta kasar sangat. Paling ketara kat pipi.

Lepas dari peristiwa itu, saya lebih berhati-hati dalam memilih produk. Takde main hentam beli je. So produk yang saya guna sekarang,......

*Bio Essence bird nest



Saya baru lagi guna tak sampai seminggu.. Tak beli satu set pun, cuma beli cleanser dan Bird’s Nest Nutri-Collagen & Whitening Advancer.. So far 1st day pakai pun dah rasa kelembutannya. Lepas cuci je tak terasa kulit tegang. Sebaliknya lembab.. lepas cuci, letak nutri collagen. pakai sikit je. Sapu kat muka dan sekejap je meresap kat kulit. Muka pun rasa ringan dan kulit rasa lembut. Suka nyahhh...

PENGAJARANNYA...
Nak beli sesuatu produk, sila lah kaji apa isi kandung. Baca review positif dan negatif. Jangan hanya disebabkan kata kunci glowing, putih gebu bagai, kita main taram je kat muka. Kesan mungkin bukan sekarang tapi akan datang. Maka dengan itu janganlah jadi macam daku.

*** testimoni berdasarkan penggunaan ke atas diri sendiri. Bukan niat nak jatuhkan mana-mana produk. Kalau serasi dengan kulit, teruskan....

Jangan amik ati naaaa.......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...