Sunday, July 27, 2014

Dugaan Ramadhan buat kami

Assalamualaikum..

Lama sangat rasanya tak berkongsi kisah dengan rakan blogger
Pejam celik, kita dah sampai hari terakhir bulan Ramadhan
Sedih rasanya..

Ramadhan bakal meninggalkan kita, entah dapat jumpa atau tidak tahun depan..
Ramadhan kali nie sangat menduga kami sekeluarga
Macam-macam dugaan datang..
Ujian Allah tanda Dia sayang... Kan?

Awal Ramadhan...
Sahur pertama kami di hospital,
berkampung di Hospital Pantai Ampang, atas masalah kesihatan suami
Hampir seminggu juga kami di sini
Berbuka, bersahur, tidur juga di sini..




sahur makan lauk n nasi sejuk.. payah naw nak telan wokk..


berkampung kami anak beranak

Pertengahan Ramadhan...
Giliran Amal Khalisah pula masuk wad
Kali nie di sebabkan pneumonia.. 
Yang merisaukan kami, kali nie Amal di masukkan ke HDU
(High Dependency Unit)
Kadar denyutan nadi Amal laju, oksigen level pun tak berapa stabil walaupun dengan bantuan oksigen.. 
Hati mak mana yang tak sayu, tak sedih tengok keadaan anak macam tu
Malam tu, Amal nak mommy yang jaga Amal...
Daddy terpaksa balik, jaga Anis.. HDU, hanya sorang je yang boleh jaga..
Alhamdulillah, satu malam je Amal kat HDU..
Esoknya dah boleh transfer ke wad PAED.. Lega sangat hati nie..




Dua beradik nie macam seminggu tak jumpa, walhal 2 hari je..
Seminggu juga Amal Khalisah dalam wad PAED, 
Seminggu juga kami berkampung di sini anak beranak..

Akhir Ramadhan...
Selang 4 hari Amal Khalisah keluar wad
kena tahan semula.
Kali nie kes denggi pula..
Mula Anis demam panas 3 hari..
Kami just bagi ubat je, ingat demam biasa.. 
Langsung tak terfikir pasal denggi nie..
Hinggalah naik ruam pada kaki Anis.. 
cepat-cepat bawa Anis ke klinik, doktor cakap demam viral..
Demam biasa.. lega sekejap..

Malamnya, Amal Khalisah demam dengan tiba-tiba..
Suhu badan tinggi dan Amal mengadu sakit kaki.. 
Mommy cepat-cepat bagi ubat demam sambil basahkan badan dia..
Esok pagi, demam masih tak reda.. 
Oleh sebab pagi tu daddy ada meeting, terpaksa tunggu daddy habis meeting baru bawa ke klinik..
Petangnya, bawa jumpa doktor paed hosp pantai, 
tunjuk sama keadaan Anis.. doktor terus suspek denggi..

Settle amik darah, sementara menunggu result, kami balik rumah kemas apa yang patut..
Pack baju siap-siap.. orang lain packing untuk balik kampung, tapi kami packing untuk check in wad.. hukhukhuk..
Result darah memang menunjukkan both ada denggi cuma Anis dah dalam proses pulih..
Lepas stage yang di risaukan..
Cuma Amal Khalisah baru aktif denggi.. dan kena pemantauan lebih since
nie kali kedua Amal Khalisah kena denggi.. tak sampai setahun rasanya..

Luluh hati tengok Amal meronta, tak nak masuk IV..
Fobia hari tu pun tak habis lagi.. dah kena masuk IV semula..
bohong la kalau air mata nie tak mengalir tapi depan anak memang kena tahan..
Kali nie memang menduga sangat.. demam dia tak menentu.. kejap ok kejap naik mendadak suhu badan.. even dah bagi ubat ikut punggung pun sama juga keadaan..
Especially waktu malam.. 

Since Khamis, sampai la hari nie (Ahad) keadaan masih sama..
Cuma sedikit merisaukan bila doktor suspek denggi berdarah..
Ya Allah, bagai terhenti jantung nie.. Doa tak putus-putus agar tiada perkara buruk berlaku pada Amal.. Kesian tengok keadaan dia yang lemah..

Esok dah nak raya tapi mood kami ntah ke mana..
Hati kami langsung tiada fikir soal raya..

Dugaan anak tak sihat...
Dugaan beraya di hospital..
Raya pertama tanpa ibu mertua..

Syahdu kot.. :(

Kawan-kawan, selamat hari raya..
Maaf zahir batin..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...