Tuesday, July 29, 2014

Cerita Raya Kami...

Assalamualaikum..

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya


Selamat Hari Raya..

Alhamdulillah, selesai sebulan kita berpuasa..
Harapnya tahun hadapan masih berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan
Kisah raya kami? 
Persiapan ala kadar sangat sebab kami beraya di Hospital..
Masih lagi di sini.. 
Cuma sehari sebelum raya, sempat la aku masak juadah untuk 1 syawal..

Menu biasa..
Rendang hijau daging
Rendang ayam pencen
Daging dendeng
Kuah kacang
Satay goreng

Bab ketupat dengan lontong,
Pak mertua dan sil yang sediakan..
Mr husband kat hospital, jaga anak-anak..

Lain rasanya beraya kat hospital nie..
Sayu dengar takbir raya.. lebih sayu sebab tak tau nak buat apa.. 
Tak dapat ziarah saudara mara..
sebekkk kat sini..

Pagi tu mr husband balik untuk solat hari raya..
Ambil baju raya kami anak beranak skali kat rumah..
Sambil makan juadah raya, pasang lagu raya..ambil gambar raya..
At least ada la mood raya tu kan walaupun hanya dalam bilik.

Hari raya nie cuma nak gembirakan hati anak-anak
Pakai cantik-cantik
Pakai baju baru
Ambil gambar sama-sama
Itu je.. walaupun tak dapat keluar ke mana-mana, cukup buat anak gembira..


Platelet Amal masih lagi turun
Dari 94-77-66-71-62
tak berapa nak stabil..
demam denggi alhamdulillah dah sembuh cuma bab platelet yang merisaukan

Ramai yang bagi petua untuk sembuhkan denggi..
minum 100 - dah bagi tapi amal tak berapa nak minum, maybe sebab rasa macam ubat
air rebusan pucuk betik - air oren pun tak nak minum sgt, inikan pula pucuk betik yang pahit.. lagipun mana nak cekau daun betik kat kl nie? 
sup ketam - tak bagi sbb amal ada alahan dengan seafood, tak nak terukkan keadaan.. 
tembikai - dah bagi tapi doktor tak galakkan sebab amal ada lelah dan baru baik dari pneumonia.. tak elok untuk dia..

so caranya skrang, bagi minum banyak air.. bagi botol susu.. paksa minum banyak air dan makan.. takde cara lain, melainkan paksaan dan pujukan.. IV? tak tau kot mana nak cucuk dah.. merata tempat smpai bengkak-bengkak.. kesian dia.. 

Bab amik darah kat jari, semua jari dah lebam.. darah pun malu-malu nak keluar. 
Bayangkan setiap kali nak cucuk amik darah, dia punya meronta Allah je yang tau.. Menangis sampai bengkak mata.. pada kita tak sakit tapi dia? masih budak..

Malamnya tidur tak lena, aku pun kerap terjaga. bergilir dengan suami..
pantau badan panas ke tak. tolong menggaru sana sini..
benda nak baik kan, memang gatal merenyam satu badan..
penat? tolak tepi soal tu.. 
sakit badan? Allah je yang tahu..
minta kekuatan la untuk jaga anak...

Harapnya ada la berita gembira untuk kami..
Dapat balik rumah, dapat jalani kehidupan seperti biasa..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...