Friday, June 13, 2014

Lontong goreng

Assalamualaikum..

Jumaat yang suram, mendung-mendung manja gitu
Tak lama lagi kita nak berpuasa kan..
Tahun nie Ramadhan sedikit 'kosong'
Tahun pertama berpuasa tanpa arwah ibu mertua
Yang pasti, kami amat terasa dengan kehilangannya..
Moga mama barizah tenang di sana..
Moga rohnya dicucuri rahmat..
Aminn..

Since duduk dengan mertua nie, tinggal ramai-ramai,
mood masak sentiasa ada, kalau terlebih rajin
masak la macam-macam lauk pauk
tapi kalau virus malas menyerang, satu lauk pun liat.. 
haish..

Soto ayam

Sebenarnya dah lama tekak nie mengada nak makan soto,
rindu soto mama kat Kuantan tapi nak balik jauhhh...
Nak tak nak masak la sendiri
Tang rasa memang la tak setanding masakan mama tapi bolehla nak lepas mengidam
Makan panas-panas, tambah pula kicap pedas
Fuhhh, bertambah-tambah kuah sup nya.. 


Selalu alami perkara macam nie, terutama raya
Lauk pauk semua dah habis, tapi ketupat/nasi impit masih ada
Tak tau apa nak buat?
Hah, boleh la cuba masak lontong goreng nie
Sedapp dan bolehla hidangkan untuk tetamu
Anak-anak pun suka..

Meh salin resepi

Leftover nasi impit yang masih elok (potong besar)
cili kering, bawang merah, bawang putih, halia (kisar) **
isi udang/ayam/daging/udang kering (ikut citarasa)
(kalau nak guna pedal/hati ayam pun boleh)
kicap
sos tiram
telur
sedikit garam, gula
daun sup
minyak untuk menumis

Cara-caranya :

* panaskan minyak dan tumis bahan yang bertanda ** hingga garing
* masukkan kicap, sos tiram, gula, garam serta bahan perencah (isi udang dsb)
* masukkan lebihkan nasi impit, kacau sebati
* pecah kan telur dan gaul rata..
* tabur daun sup sebagai hiasan...

nota kaki : saya tak masukkan bahan perancah, cuma pecahkan telur sahaja,
ini pun dah mampu bangkitkan selera makan anak-anak..

Selamat mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...