Friday, May 16, 2014

Our 2nd 'home'

Assalamualaikum..

Al-kisah.. Tahun nie boleh dikatakan tahun yg paling kerap kami bermalam di hospital. Nasib baik hospital dengan rumah boleh dikatakan dekat. 

Amal memang kerap kena tahan wad sebab jangkitan kuman pada paru-paru. Kesian anak mommy.. 

Bulan 4 baru nie encik husband kena tahan wad juga atas faktor kesihatan, hampir seminggu jugalah berkampung di hospital.. 


Dalam masa mr husband dalam wad, Amal Khalisah pula di serang asma.. Bergegas la bawa turun dia ke kecemasan, kebetulan kami berkampung di wad mr husband malam tu.. Hmm, kena tahan wad juga.. Owh, mommy la tepuk dahi.. Kelam kabut wokk.. Husband kat tingkat 3, anak kat tingkat 2.. 


Kali nie doktor kata kahak terlalu pekat pada saluran pernafasan Amal. Itu yg menyebabkan dia sukar untuk bernafas. 
Maka, bermalam la mommy di wad Amal, tinggalkan daddy sorang-sorang kat atas.


Beberapa minggu selepas tu, giliran mommy pula 'check-in' kat sana.. Nasib baik sekejap je. Itupun gara-gara hidrasi..risaukan keadaan diri yang masih bf Anis.


Dannn akhir skali.. Anis! Ntah mana dapat HFMd pun saya tak pasti.. Mungkin kat public kot.. Banyak faktor.. Kena kuarantin la seketika. Bermalam la dalam isolation ward. 

Ya Allah, harap takde lagi dah lepas nie 'percutian' kami ke hospital pantai.. Tak larat nak bermalam, nak tengok tangan kena cucuk2, tengok anak telan ubat.. Nak muntah wok!

Ok, kawan-kawan.. Sila jaga kesihatan ye! Take care...

1 comment:

My Aisy said...

alahai...mmg penat klu tido kat sepital...insyaAllah pasni semua sihat amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...