Monday, March 24, 2014

Puding roti, sos kastad dan vanila aiskrim


Assalamualaikum..

Cerita lama, baru berkesempatan nak kongsi..
Lama dah meleleh air liur bila kenangkan puding roti nie
Pas sehari, ke sehari nak buat tapi tak juga buat..
Ntah macamana hari tu dengan semangat membara mengikut kehendak tekak dan hawa nafsu, kecundang juga, gigih duduk dapur potong-potong roti..


Nah, resepinya.. Kot la teringin juga nak buat lepas tengok gambar hasutan nie... hehe

Bahan-bahan :

1 bantal roti butterscotch gardenia - kita potong dua je, bentuk segitiga
1 tin susu sejat/ susu segar 
2 biji telur gred A
1 sudu besar gula halus 
(roti butterscotch dah manis, so letak sikit je gula..nak gantikan dgn gula merah or perang pun boleh ye)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar mentega yang telah di cairkan
Sedikit mentega 

Sos kastad :

2 sudu besar tepung kastad
2 cawan susu sejat/susu segar
1 sudu besar gula halus
1 sudu teh esen vanila

Cara -cara :

Bancuh susu bersama telur, gula halus,esen vanila dan mentega yang telah dicairkan. kemudian sapu mentega pada loyang dan susun roti ke dalam loyang. tuang bancuhan tadi ke dalam loyang berisi roti.. Biarkan seketika hingga roti menyerap bahan tadi..

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180c selama 30 minit. 

Bila dah masak, keluarkan dan sejukkan seketika..

Untuk kastad :

Bancuhkan kesemua bahan tadi dan masak atas dapur, kacau sentiasa supaya bancuhan tidak berbintil.

Ais krim vanila : beli kat tesco, tak kuasa nak buat.. hehe

Kita makan puding nie time panas-panas sebab makan sekali dengan aiskrim.. Ada kombinasi panas dan sejuk.. Sekiranya tiada aiskrim, tapi masih terasa nak makan sesuatu yang sejuk ala-ala aiskrim, kuah kastad tu kita masak dlu dan letak dalam freezer.. Bila nak makan, boleh ceduk kuah kastad ke atas puding roti.. jadi macam aiskrim juga.. Sedappp.. 

Cubalah ye..






1 comment:

lady butterfly said...

sedapnye...bole try lps ni...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...