Monday, March 31, 2014

Demam campak lagi

Assalamualaikum..

Ya Allah... Baru lega sikit hati nak menghadap blog
Hari tu Anis demam campak, dua minggu baru nak sembuh
Selasa baru nie Amal Khalisah pula kena
Kali nie memang mencabar sangat..

Selasa malam tu naik satu dua biji je
Esoknya lepas bagi minum air kelapa, terus meriah naiknya
Siap pakej ekzema, demam panas dan ulser dalam mulut
Aduhai, kalau dah namanya mak, tak boleh sungguh tengok anak macam nie

Dalam telinga, mata, kepala, pendek kata semua tempat ada
Sangat banyak ok.. sangat banyak

Hari pertama naik.. Meriah kan? belum masuk hari kedua
Sangat tak bermaya.. Makan pun dua tiga suap je.. lepas tu tidur
Doktor bekalkan ubat demam, gatal dan antibiotik
Antibiotik sebab untuk elakkan radang, since campak sangat banyak



Selain sapu calomine lotion, saya mandikan Amal Khalisah dengan air suam n sedikit sabun
Mandi dapat kurangkan panas badan Amal dan elok untuk kebersihan dia
Doktor cakap kalau demam campak, elok mandikan selalu 
untuk mengelakkan campak tu pecah dan merebak ke tempat lain
Senang cerita, tak berjangkit lah..

Hari dah, lepas seminggu.. Alhamdulillah demam dah takde
Amal Khalisah kembali aktif seperti biasa
Ulser pun makin sembuh,
Palkadot kat badan pun dah kering walaupun tak sepenuhnya
Cuma sekarang masalahnya macamana nak elak dia dari mengutil?
Adehhh, jangan kata Amal, mommy tengok pun gerammm.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...