Sunday, March 23, 2014

Chickenpox dan daun semambu

Assalamualaikum... 

Banyak sangat perkara terjadi sejak akhir-akhir nie. Sangat membataskan diri untuk berblog. Berkongsi cerita dengan teman-teman.. Anak dara yang bongsu, Anis Khairina kena chickenpox. Makanya lagi la perlu bagi perhatian lebih pada Anis dan dalam masa yang sama, risau kalau-kalau Amal turut berjangkit sama.

Mulanya ingat kena gigit nyamuk, saya ajak suami ke klinik, bila doktor sahkan chickenpox mula la lembik lutut. Yela, mana la kita nie ada pengalaman macam nie kan. Takpe, tabahkan hati.. 

Doktor bagi 'bekal' ubat gatal, demam dan calamine lotion dan pesan doktorm jangan bagi kena hujan.. Alhamdulillah, sepanjang demam campak nie, Anis langsung tak demam, cuma meragam sikit dan selebihnya tak duduk diam. Main je kerjanya.. 

Biasanya dalam tempoh seminggu ke sepuluh hari, chickenpox akan sembuh. Jangkamasa yang agak lama untuk kami sebenarnya. Dalam masa yang sama, ikhtiar juga mandikan Anis dengan daun semambu.. Kebetulan adik ipar ada, minta dia tolong carikan.. Rebus daun, bagi Anis dengan Amal mandi air rebusan daun semambu.. 


Daun semambu nie banyak khasiat rupanya.. Selain untuk demam campak, berguna juga untuk turunkan suhu badan, kalau anak demam elok kot mandikan dengan air rebusan daun semambu nie.. Untuk ekzema ok juga. Mandikan atau tumbuk dan jadikan macam bedak sejuk. 

Ikutkan hati nak je tanam pokok nie, senang untuk kegunaan harian tapi bila memikirkan tanah, haishhh... time macam nie la rasa seronoknya kalau dapat duduk kampung... kan??

Kalau nak tau lebih lanjut pasal chickenpox nie, boleh la rujuk ke http://en.wikipedia.org/wiki/Chickenpox

Amal : mommy, adik ada polkadot!!

p/s : tak de gambar sepanjang anak chickenpox, tak terfikir nak ambil...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...