Tuesday, March 25, 2014

Ayam rosemary, herbs dan lemon

Assalamualaikum

Masak je mommy nie.. ish, ish.. sikit-sikit tepek gambar makanan.. gemukss.. kikiki
Menu permintaan dari encik suami, boring makan nasi katanya.. nak makan ayam bakar pula.. Kebetulan pergi tesco, ayam murah dan besar-besar.. Rembat la beberapa ekor untuk buat lauk seminggu.. Balik dari tesco, terus bersilat kat dapur, nak kejar ke menu dinner.. Siangnya masak simple je.. 


Sedap meratah sambil tengok tv, suap anak-anak.. Sah-sah diorang suka, dan daddynya lagi suka.. Mommy bab gemukkan daddy memang lah pakar.. hehehe

Resepi :

Seekor ayam, potong 4.. (x nak potong pun takpe)
1 biji lemon - perah airnya dan pastikan takde biji tersesat
1 sudu kecil rosemary kering
1 sudu kecil mix herbs (tak nak letak pun takpe)
3 sudu besar olive oil (minyak masak pun ok)
sedikit garam
1 sudu kecil madu

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan di atas dan lumur pada ayam.
Perap 1 jam, lebih pun takpe.. tapi macam kes saya, tak sempat perap lama
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200c, selama 1 jam..

tips : kalau tak nak ayam kering sangat, letak ayam dalam loyang dan isikan sedikit air.
Tutup loyang tadi dengan aluminum foil (lubangkan sikit)
untuk dapatkan rasa garing pada ayam, 30 minit kedua, buka aluminum foil dan bakar sehingga masak.. 

Kalau nak sedap, bolehla letak kentang dan lobak bersama.. bakar sekali dengan ayam.. 

Selamat mencuba....

p.s : salad tu beli kat tesco, beli garden salad.. sedappp



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...