Sunday, February 9, 2014

Dugaan awal 2014

Assalamualaikum.. Dah masuk February, sekejap sangat masa berlalu. Aku dah beberapa hari berkampung kat Pantai Hospital, Pandan Indah. Amal Khalisah tak sihat. Pneumonia. Bermula dari selsema biasa, sampai bawa ke lelah. Ambil nab pun tak dapat legakan asma Amal. Nak tak nak, bawa ke hospital dan doktor sahkan Amal kena jangkitan kuman paru-paru. Ya Allah, kami di uji lagi kali nie.

2nd nab, awal pagi Rabu.. lemah sangat anak mommy

Bila kena tahan wad nie, ada rasa lega sikit sebab dah tentu keadaan kesihatan Amal di pantau. Dekat dengan doktor. Selain nab, on antibiotik juga. Maka bermulalah episod 'berkampung' kat sini.

rezeki dapat bilik single, senang dan selesa untuk bergelimpangan

Esoknya, doktor benarkan Amal balik, hati aku memang tak sedap sebab terlalu awal untuk Amal pulang sedangkan keadaan Amal tak sepenuhnya pulih. Tapi aku nie bukan doktor, sedapkan hati, Amal betul-betul sembuh. Berbekalkan ubat, tawakal agar tak ada apa-apa berlaku bila balik nanti..

Siangnya, Amal ok.. cuma tak seaktif macam biasa. Malam lepas dinner kat luar, Amal tak berapa nak makan. tak banyak cakap. tak selincah selalu. Dalam jam 3am, Amal menggigil dan badan Amal terlalu panas. Bagi ubat demam, mandikan Amal dan basahkan tuala lap badan. Sampai jam 7am, badan tetap panas, tak ada perubahan.

Tekad untuk bawa Amal semula ke Pantai Hospital. Suhu mencecah 40c. Masih asma.. Sekali lagi Amal kena tahan. Doktor cakap masih ada lagi jangkitan pada paru-paru Amal. Kali nie kami request doktor lain untuk merawat Amal. 

Doktor perempuan, melayu
Dr. Wan Khairina.. dekat-dekat nama Anis, Wan Anis Khairina

Kali nie doktor teruskan dengan antibiotik dos sedikit tinggi. Mudah-mudahan keadaan Amal bertambah pulih. Semalam Amal hanya tidur saja. Tak aktif. Demam masih lagi ada. Doktor kata kemungkinan demam virus.

Hati perempuan, mudah remuk apatah lagi bila dah jadi mak. Tapi depan anak-anak kena kuat. Kadang-kadang air mata nie tak tertahan, pecah juga empangan. Syukur Alhamdulillah, Amal tak banyak ragam, pandai ambil hati mommy dan daddy. 

Kawan-kawan, doakan keadaan Amal ye..




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...