Tuesday, February 11, 2014

Apa itu Mycoplasma Pneumonia?

Assalamualaikum... Entry sebelum ini, Dugaan 2014, aku ada kongsikan apa yang berlaku pada anak aku, Wan Amal Khalisah.. Hingga hari ini, saat aku menaip entry, kami masih lagi berkampung di Hospital Pantai, Pandan Indah.. Alhamdulillah, kekerasan hati kami untuk menukar doktor yang merawat Amal akhirnya tak sia-sia. Dengan segala penjelasan dan ketelitian dia merawat Amal, sangat kami puas hati..

Pagi tadi, Amal tiba-tiba demam lagi.. Suhu badan tiba-tiba naik. Hari nie Amal jadi kurang aktif, tak berapa nak makan sangat, banyak masa dia tidur je. Sedih bila tengok keadaan dia macam nie. Tak habis-habis minta maaf dengan mommy sebab dia sakit. Meruntun jiwa bila dengar kata-kata Amal. Pagi tadi juga doktor ambil darah Amal, nak buat ujian sekali lagi, nak tau apa punca Amal demam.


Doktor jelaskan bahawa Amal Khalisah menghidap Mycoplasma Pneumonia (MP). MP ambil masa yang agak panjang untuk sembuh, kebiasaannya 7-10 hari dan mungkin lebih. Bermakna lama tu jugalah kami akan berkampung kat sini. 


Apa itu Mycoplasma Pneumonia? 


‘Mycoplasama infection’ atau jangkitan mycoplasma adalah penyakit pernafasan yang disebabkan oleh pneumonia Mycoplasma, sejenis organisma mikroskopik, yang berkait rapat dengan bakteria tetapi bakteria tersebut tiada dinding sel. Organisma adalah lebih besar daripada virus tetapi lebih kecil daripada bakteria, maka ia dipanggil “atipikal” bakteria.


Golongan Yang Boleh Dijangkiti Mycoplasma


Sesiapa sahaja boleh dijangkiti penyakit ini, tetapi ia sering menyerang kanak-kanak yang lebih tua dan juga orang dewasa muda. Biasanya golongan kurang daripada 40 tahun, mudah dijangkiti.

Jangkitan Mycoplasma boleh berlaku sekali-sekala sepanjang tahun. Penyakit ini kemungkinan besar boleh menjadi wabak setempat secara meluas pada selang 4 hingga 8 tahun.
Bagaimana Penyebaran Jangkitan Mycoplasma Boleh Terjadi? 
Jangkitan Mycoplasma merebak melalui sentuhan melalui titisan dari hidung dan tekak oleh orang yang dijangkiti apabila mereka batuk dan bersin. Ia boleh merebak apabila sentuhan yang berpanjangan dan rapat dengan orang yang dijangkiti. Ia boleh tersebar melalui dalam keluarga, sekolah dan institusi, secara perlahan-lahan. Tempoh berjangkit adalah mungkin kurang daripada 10 hari dan kadang-kadang boleh menagmbil masa yang lebih lama.

Gejala dan Simptom Jangkitan Mycoplasma

  • Simptom biasa termasuk demam, batuk, bronkitis, sakit tekak, sakit kepala dan dedar atau keletihan (malaise).
  • Mycoplasma juga mungkin menyebabkan satu hasil biasa iaitu jangkitan mycoplasma pneumonia (walking pneumonia) kerana ia biasanya ringan dan jarang memerlukan rawatan di hospital.
  • Jangkitan telinga tengah (otitis media) juga boleh berlaku.
  • Selain itu, hasil yang jarang dilaporkan akibat dari jangkitan Mycoplasma ini adalah keabnormalan fungsi hati, loya, cirit-birit, dan ruam (maksudnya jarang berlaku).
Gejala mungkin berterusan selama beberapa hari atau mungkin lebih daripada sebulan. Data baru dari kajian ada melaporkan mycoplasma mungkin mempunyai kaitan dengan ‘Artritis Reumatoid’ dan asma yang kronik.
Masa untuk gejala muncul
Gejala biasanya bermula 15 hingga 25 hari selepas pendedahan. Gejala-gejala umumnya muncul secara perlahan-lahan, dalam tempoh 2 hingga 4 hari, bermula dengan gejala pernafasan, demam pada suhu yang agak rendah, dedar, dan batuk.
Sakit telinga dan gejala hidung tersumbat boleh berlaku. Jika jangkitan tidak dirawat dalam masa 7 hingga 10 hari permulaan, batuk yang berpanjangan boleh berlaku dan boleh berlanjutan selama beberapa minggu walaupun selepas rawatan.

Bagaimana Jangkitan Mycoplasma boleh dikesan (didiagnosis)?


Jangkitan Mycoplasma biasanya boleh dikesan berdasarkan gejala biasa. Satu ujian darah ‘nonspecific’ (agglutinin sejuk) adalah membantu dalam ujian diagnosis, tetapi tidak sentiasa positif.
Ujian serologi darah biasanya positif selepas hari kelima sakit. Penggunaan ujian makmal yang lebih khusus sering terhad dengan penyiasatan wabak khas. Ujian ‘smear’ terhadap kahak boleh menunjukkan penguasaan sel jenis monosit (pada mulanya neutrophiles) selepas beberapa hari gejala hadir.

Keimunan Terhadap Jangkitan Mycoplasma Terdahulu


Seseorang mungkin boleh menjadi imun terhadap jangkitan Mycoplsma jika pernah dijangkiti sebelum ini, tetapi tidak sepanjang hayatnya. Jangkitan kedua boleh berlaku, walaupun mungkin kesannya menjadi lebih ringan. Tempoh imuniti seseorang individu adalah tidak diketahui.

Rawatan untuk jangkitan mycoplasma?

Biasanya pemberian antibiotik seperti erythromycin atau tetracycline adalah rawatan yang berkesan. Walau bagaimanapun, kerana jangkitan mycoplasma biasanya boleh reda dengan sendiri, kadang kala pemberian antibiotik tidak perlu jika gejala adalah ringan. Terdapat juga sumber mengatakan, oleh kerana penyakit ini disebabkan oleh mikroorganisma yang tidak mempunyai dinding sel, maka pemberian antibiotik seperti penincilin tidak mendatangkan sebarang hasil penyembuhan.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penyebaran mycoplasma?


Pada masa ini, tidak terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan mycoplasma dan terdapat tidak ada langkah-langkah yang pasti berkesan untuk proses pengawalan. Seperti apa-apa penyakit pernafasan, pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) adalah perlu apabila batuk atau bersin dan perlu membasuh tangan dengan kerap.
Sekarang nie, Amal Khalisah teruskan dengan nab, fisio, makan ubat yang berjenis-jenis, drip lagi. Kesian pula. Mommy dan daddy sentiasa doakan agar Amal Khalisah sihat dan pulih sepenuhnya seperti sediakala..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...