Wednesday, December 18, 2013

Novel.. Let go atau simpan

Assalamualaikum..

Kesibukan yang teramat sangat. Lagi dua minggu bakal berpindah rumah. Selamat tinggal Kajang. Sedih juga, walaupun ini rumah sewa tapi segala kenangan pahit manis ada di sini. 

So far baru 20% siap packing. Baju-baju terpakai yang masih bersih dah selamat di dermakan untuk mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Selebihnya ada yang dah masuk kota. Ada anak kecil dan masing-masing tengah melasak, memang sangatlah menduga bila masuk bab kemas mengemas. Diorang pun turut sama. Haishhh.. 

Sambil buka kotak-kotak lama, intai apa yang ada, jumpa lah beberapa buah novel yang pernah menjadi teman aku satu masa dulu. Zaman bujang-bujang, mengadap novel jela. Sekarang, memang tak de masa la nak baca novel. Baru buka buku anak dah sama naik nak baca sama, kalau tak pun aku yang lena dulu. Senang cerita, takde masa lahhh..


Antara koleksi novel yang masih ada dalam simpanan. Banyak lagi sebenarnya. Ada yang kawan pinjam tapi tak pulang-pulang. Takpelah, anggap sedekah jela kat diorang. Dalam banyak-banyak novel nie, yang paling best dan terkesan dalam hati sampai sekarang, selain Ombak Rindu, novel Cemburu Seorang Perempuan. Sangat-sangat best. Jalan cerita lain dari yang lain. 

Tengah berkira-kira sama ada nak sedekahkan juga novel nie pada kaki novel atau simpan saja buat jadi harta pusaka.. kiki..

Tak kisah la apa novel yang kita baca pun, luangkan sedikit masa untuk baca Al-quran. Sehari satu muka surat pun kira ok juga kan dari takde.. =)

ok, bai..

p/s : kat mana ye pusat untuk kita salurkan buku-buku terpakai?

1 comment:

ummi_khalish said...

assalam..dil minat nk baca novel2 tu..nk jual pun xpe...ni email dil..ummikhalish@yahoo.com..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...