Thursday, November 28, 2013

Bubur merah, bubur putih (bubur bacaan)

Assalamualaikum.. Selamat pagi.. Alhamdulillah, syukur pada Allah, masih diberi kesempatan untuk bernafas. Indahnya tengok anak-anak tidur. Rasa macam nak join sama, tambahan pula cuaca mendung beserta hujan, seakan memanggil je bantal dan tilam. Kikiki..

Siapa pernah makan bubur merah, bubur putih? Orang jawa panggil bubur bacaan. Biasanya orang jawa selalu masak ketika majlis hari jadi or majlis kesyukuran. Macam kita, ada pulut kuning. 

Rasanya sedap, lemak manis masin semua ada. Dalam kehidupan pun macam tu, ada yg indah ada yg menduga. Tak lengkap kehidupan tanpa semua tu. Aku pernah makan sekali je masa arwah mil buatkan untuk hari jadi anak-anak. Terus jatuh cinta. Ok x perlu cerita banyak, meh tengok apa tu bubur merah bubur putih. 


Bahan-bahan : 
(Aku masak tak ikut sukatan, main agak-agak je)

Beras pulut (bergantung pd berapa banyak kita nak makan)
Santan
Gula merah
Garam
Air
Daun pandan

Cara memasak :
* Cuci bersih beras pulut dan rendam selama 1-2 jam.
* Toskan dan tanak beras pulut dan air (serta daun pandan) sehingga kembang. Kalau pekat sangat, tambah lg air
* Setelah kembang, masukkan santan.. Kacau sebati. Teruskan memasak hingga santan sebati dgn pulut
* Asingkan 5-6 senduk or ikut berapa banyak yg korang nak untuk bubur putih, campurkan sedikit garam dan kacau rata.
* Untuk bubur merah, campurkan gula merah yang sudah dicairkan dan di tapis ke dalam lebihan pulut tadi. Kacau hingga sebati.

Dah siap.. Masa nak makan nanti sendukkan je dalam mangkuk. Bubur merah, letakkan sikit bubur putih. Sedap makan sejuk-sejuk

Ada juga sesetengah orang yg gunakan beras nasi untuk masak menu nie. Tiada masalah, bisa saja donggg.. 

Ok, selamat mencuba! Xoxo

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...