Saturday, October 26, 2013

Warna kulit jadi tanda tanya

Assalamualaikum..

Korang pernah kene tak bila ada orang persoalankan warna kulit anak-anak korang?
Biasanya terjadi kalau dah beranak dua..
Macam aku, lately ramai sangat yang persoalkan perbezaan warna kulit anak-anak aku..
Ada masalah ke?

"Kakak gelap sikit eh dari adik..adik cerah kulit..."
"kenapa kakak dengan adik tak sama? "
tengok adik, tengok kakak pastu tanya aku "adik beradik ke nie? anak ek?"
"adik comel, mata bulat, bulu mata panjang... kakak gelap sikit.."

Tolonglah wahai manusia, 
Faham tak perasaan seorang ibu bila orang persoalkan tentang itu?
Haruskah soalan-soalan bodoh itu dilontarkan?
Mana peginya akal fikiran yang setua dengan usia?
Ini semua ketentuan Allah
Dia jadikan kita seelok-elok, sesempurna makhluk
Untuk apa kita bezakan? bukan urusan kita pun..

Kalau lama-lama orang persoalkan hal nie, boleh merundum keyakinan anak-anak ini nanti
Kesian la mereka, hentikan la persoalkan semua ni..
Diorang anak aku, lahir dari benih dan rahim yang sama
Lahir dari rahim yang ditoreh, dilapah, kesan parut masih ada..

Wan Amal Khalisah, Wan Anis Khairina..

Lain kali kalau nak tanya, tolong tengok mak bapak budak-budak nie dulu
Aku tak kisah kalau orang cakap, kakak ikut mommy, adik ikut daddy
Bukan bab warna kulit anak aku
Aku, dayang senandung.. Laki aku, cerah kulitnya..
Terjawab persoalan kenapa beza warna kulit anak-anak aku?
ke tak faham lagi?

bilamana yang comel, cerah kulit, ada kelebihan sikit sering mendapat perhatian
bilamana yang gelap, ada masalah kulit, sering diketepikan
 lumrah manusia, serba serbi inginkan yang sempurna,
bagaimana mereka yang kurang dari segi rupa paras?







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...