Thursday, October 10, 2013

Terima Kasih Moogoo

Assalamualaikum..

Rasanya genap sebulan Amal Khalisah menggunakan produk Moogoo.. Risau juga kalau keadaan makin parah.. Nampak gayanya Alhamdulillah, ekzema makin elok, kulit pun makin licin.. Yang tinggal cuma parut saja..

RM187.00 Trial pack.. boleh didapati di watson dan mana-mana farmasi..

Sebelum menggunakan Moogoo, macam nie la keadaan badan Amal Khalisah.. boleh dikatakan satu badan gatal macam nie.. Kesian bila tengok dia mula menggaru, hilang selera makan, mengadu sakit.. Aku tau macamana rasa pedihnya badan bila terkena air, bisanya badan bila ekzema makin teruk..

Sebulan selepas tu, nampak perbezaan pada kulit badan Amal Khalisah.. Kaki dah mula licin, takde kulit kering macam sebelumnya.. Cuma ada sikit bekas ekzema yang masih ada dan jadi fav Amal mengutil benda alah tu..

Kat kaki nie memang lambat sikitla nak baik.. Selalu je naik. Klau mandi memang nampak sangat merahnya.. maybe sebab kaki banyak terdedah dengan pasir n kotoran agaknya, tu yang susah nak sembuh..

Tangan pun dah ok.. licin.. Yang ada cuma parut dan kulit yang tak sekata..

Pelipat lengan pun ok.. Parut tu takpela, kulit muda lagi.. Harapnya la ekzema nie tak naik banyak macam aritu.. Kesian anak..

So far, apa yang menampakkan ekzema Amal Khalisah makin teruk bila dia makan produk tenusu.. aiskrim, coklat, cuaca panas, kurang minum air. Memang ekzema akan datang semula.. Kalau berhabuk, karpet, dia start menggaru n gosok hidung, mata, mula bersin..  Berpeluh sikit pun tak boleh.. 

Dari segi pemakanan, aku masih lagi tak bagi seafood macam udang, ketam or sotong pada Amal Khalisah. Telur pun baru perlahan-lahan bagi dan itupun dalam kuantiti yang sikit.. Setiap hari aku akan pastikan dia minum banyak air.. Bagi jus kurma or pati delima, sirap, ribena, satu botol besar insyaAllah dia boleh habiskan sehari.. Susu sehari sekali je. 

Cuma part makan sayur tu liat sikit. Bukan tak makan tapi bergantung pada jenis sayur. Kalau kene dengan selera dia, makanlah dia. Kalau tak, memang tak sentuh. Selera makan dia makin menjadi-jadi, nasi memang wajib makan tiap-tiap hari. Makan mesti bersuap. Since ekzema dia makin pulih, selera Amal Khalisah dah kembali macam dulu.. Lega sangat....

Syukur pada Allah, ekzema Amal Khalisah tak seteruk kanak-kanak lain. Tak bernanah, tak berdarah, tak berair sangat. Jadi ibu, hati kene kuat, kene cekal, tak boleh menangis depan anak selalu.. Walaupun kadangkala menitis juga air mata nie bila tengok keadaan dia. Ada hikmah atas semua nie.. mungkin ini kifarah Allah pada hambaNya yang banyak melakukan dosa... 

3 comments:

Syeeda said...

Alhamdulillah, semoga cepat sembuh

Innanie Ariffin said...

bagus jugak ni.. amek lah pic moogoo tu kak

Innanie Ariffin said...

bagus jugak ni.. amek lah pic moogoo tu kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...