Wednesday, October 30, 2013

Kulat dalam telinga

Assalamualaikum

Isnin baru nie teman husband ke Hospital Pantai Ampang
Ala, hospital Adam Hawa tu..
Mr husband kata hospital Aaron Aziz..
Gittewww..hehe

Husband mengadu sakit telinga, malamnya tak boleh tidur sebab sakit sangat
Siangnya, nak tak nak harus jumpa pakar ENT

Hospital Pantai Ampang

Sementara menunggu, layan anak-anak main
Kesian daddy, sakit telinga ye

Jarang bercerita pasal budak  nie..
Nanti ada masa aku cerita..

Lasak kemain anak dara sorang nie hah..
Tak reti duduk diam

Hasil pemeriksaan, teropong punya teropong rupanya ada kulat dalam telinga mr husband
Patutla sakit sangat dan bila korek telinga ada kesan hitam pada putik kapas
Rupanya tumbuh kulat
Puncanya daripada serpihan putik kapas tertinggal dalam telinga
Dengan keadaan lembap dan basah, kulat tu mula membiak
Aku dalam nada seloroh, gelakkan husband 
'nasib baik cendawan tak keluar dari telinga..'


Dalam 10 minit juga la, doktor dok sedut keluar kulat dan kotoran yang ada dalam telinga
Siap letak ubat dan macam-macam lagi lah

So, kesimpulannya putik kapas tak elok untuk telinga
Putik kapas juga boleh  buatkan tahi telinga tertolak jauh ke dalam telinga
Tu kadang boleh jadi sakit telinga dan pekak..

Maka dengan itu, silalah guna pengorek telinga besi nie
Syiokk ooo...

ok bai..

1 comment:

FARAH deeb said...

Ak-ah anak kite pun penah kena dulu. Puncanya pasal putik kapas nilah. Lepas mandi laut upenya dek terendam tinge tu dlm air laut masin, najis tu jadik mengeras lansung sakit sampai takleh tido malam. Bawak gi klinik doktor masuk air kasik clear baru okeh, hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...