Thursday, October 24, 2013

2nd and 3rd day pneumonia

Assalamualaikum.. Hari kedua dalam wad, keadaan Amal Khalisah makin pulih.. Ada selera nak makan berbanding hari sebelumnya. Cuma tak banyak cakap sangat.. Masih lagi on nebulizer setiap 3 jam.. Hari nie juga start fisio.

Nebulizer, setiap 3 jam

Nasib baik ada satu sofa kecik, boleh mektok nie tidur atas sofa..

Cabaran untuk aku bermula, bilamana husband terpaksa pergi kerja dan aku kena jaga dua-dua anak kat wad. Memang mencabar.. Sangat-sangat mencabar. Nak bawa Amal pergi fisio, memang kena keluar bangunan sebab klinik fisio terletak di bangunan bersebelahan..
Nasib ada baby sling, senang nak pikul Anis. Dan nasib baik juga Amal Khalisah mampu jalan kaki.. Kalau tak dia nak berdukung sebab tak larat nak jalan..

fisio, sehari dua kali.. Pagi dan petang.. 2 jam sebelum fisio kena puasa..

Lepas fisio, main je dua beradik nie.. Masa nie Amal nampak makin sihat.. dah aktif semula.. Mulut pun dah banyak cakap..

Amal selalu ajak balik rumah. Nampak kali nie dia tak nak duduk sini lama-lama.. Setiap kali masuk ubat, antibiotik mesti Amal Khalisah nangis.. Bukan seminit dua tapi sejam lebih, sampai ubat tu habis.. Doktor dah maklumkan awal-awal lagi, antibiotik tu memang sakit. 

antibiotik, satu drip 2 lagi inject pada iv

meronta, menangis tahan sakit..

hari pertama dan kedua tak sesakit hari ketiga..
antibiotik yang last nie memang dia meronta, nangis minta tolong
menggigil Amal tahan sakit..

sepanjang sejam setengah tu memang aku dok urut jelah tangan dia
Kalau lepas lagi kuat dia nangis..
Mujurlah masa nie Anis tidur, kalau tak susah nak kawal dua beradik nie hah

kepenatan lepas menangis.. 

kesian Amal.. ikutkan hati nak juga aku nangis sama tapi mak-mak kena kuat semangat, macam-macam cara aku buat untuk alihkan perhatian dia. sakit tetap sakit, mana boleh hilangkan sakit.. Aku cakap kat nurse, mungkin tangan dia bengkak tapi nurse cakap takde apa-apa.. Berkeras aku cakap tangan dia bengkak, tapi yela, orang mana nak dengar kan.. Kalau tak bengkak, masakan Amal nangis sebegitu teruk? Semalam lepas discharge, Amal langsung tak bagi aku pegang tangan dia.. Rupanya, memang tangan dia bengkak. Kesian sangat.. 

Keluar wad, ajak mommy dan daddy beli puzzle..

Mommy dah janji nak belikan puzzle..dan sebagai reward untuk Amal setelah melalui hari-hari yang sukar.. Seronok tengok dia main puzzle, bangun tidur dah cari puzzle.. takde kisah nak tengok disney junior pun.. Lega hati tengok anak makin sihat.. Moga ini kali terakhir Amal kena pneumonia.. Harapnya dia sihat macam kanak-kanak lain..




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...